Pada suatu hari, aku sedang menghadiri satu kelas tambahan di sekolah bersama kawan-kawan. Subjek yang akan aku belajari adalah Fizik, Matematik, dan Pendidikan Islam. Setiap subjek hanya akan mengambil masa lebih kurang 45 minit.
Subjek yang pertama adalah Pendidikan Islam. Kelas itu bermula pada jam 8 pagi. Pada waktu itu, aku telah berada di dalam kelas, sedang meminum air oren yang dibawa oleh Sarah.
Kami menunggu guru dengan sabar dalam kelas. Setelah 15 minit berlalu, kami keluar ke kedai bersebelahan sekolah. Kami pulang ke kelas pada jam 8.30 pagi. Kami dapati bahawa guru belum sampai lagi.
Untuk menghabiskan masa yang terluang, kami menyiapkan kerja sekolah dan membaca buku teks yang berkaitan. Jam sudah menunjukkan 8.55 pagi, guru Matematik, yang merupakan subjek kedua kami, masih belum sampai. Kami meneruskan aktiviti kami sendiri.
Masa Fizik telah tiba, dan kami masih menunggu kemunculan guru ke kelas kami. Sehingga kini, tidak seorang guru pun yang memasuki kelas kami. Tiba-tiba, Cikgu Marissa menjenguk ke kelas kami. Beliau sedang mendukung anaknya yang sangat comel.
Kami memberitahunya tentang situasi kami yang tiada guru yang masuk kelas kami dan mengajar kami. “ Ya ALLAH‼ Terlupa pula cikgu! Sepatutnya kamu ada kelas lain dan cikgu terlupa untuk memberitahu guru-guru dan kamu. Maafkan cikgu ya! Tidak mengapa, sekarang cikgu masuk kelas kamu dan jaga kamu. Nanti cikgu belanja kamu makan,” jelas cikgu.
Kami memaafkannya serta merta, dan sekarang kami tahu apa punca guru tidak masuk kelas kami. Cikgu Marissa dan anaknya berada di dalam kelas kami mulai waktu itu hingga ke akhirnya. Seronok juga duduk bersembang bersama Cikgu‼
Izzati 4B