Thursday, February 7, 2008

Kesedihan Sebalik Senyuman


Kesedihan... Mesti seronok kalau tidak rasa sedih dalam sehari kan? Tiada muka masam, senyum selalu, gelak ketawa dan apa-apa yang gembira. Tetapi kadang-kadang sebalik senyuman yang nampak gembira itu tersembunyikesedihan di dalamnya. Ada sebilangan orang tidak mahu membuat orang lain bimbang kepadanya, jadi dia cuba menyimpan kesedihan itu. Sebilangan kaum lelaki pula, dia tidak tunjuk kalau dia sedih kerana tidak nampak 'macho' atau nanti nampak lemah kalau menangis di depan orang ramai. Saya rasa saya bukan orang yang macam itu kerana apabila saya sedih, saya mahu luahkan perasaan saya yang saya rasai supaya orang lain boleh tahu betapa sedih saya rasai.
UnknowN,4 Farabi

No comments: