Thursday, February 28, 2008

Menatap wajahnya (versi Liyana)

Aku melangkah ke arah padang sekolah dengan perlahan. Hari ini perhimpunan seperti biasa. Barisan diatur mengikut rumah pasukan sukan. Aku masuk ke dalam barisan rumah kuning, rumah Khandak. Perhimpunan dimulakan dengan membaca surah Al-Fatihah. Selesai membaca doa, pengerusi majlis menjemput seorang ustaz yang memakai baju berwarna hijau. Ustaz ini akan kugelar sebagai Ustaz B. Aku tidak akan menulis namanya di atas sebab-sebab tertentu. Warna baju hijaunya yang terang menyakitkan mataku. Ustaz B telah memberi nasihat dan peringatan tentang kawad untuk setiap rumah. Seperti biasa ustaz ini memuji-muji rumah sukannya sendiri. Selesai ustaz tersebut memberi peringatan kepada para pelajar,pengerusi majlis menjemput pula Tuan Haji Hasni, selaku pengetua sekolah kami untuk memberi ucapan. Tuan Haji Hasni atau lebih dikenali sebagai Pak Hasni memberi ucapan tentang Hari Sukan. Beliau juga telah memuji-muji Ustaz B yang mengikut pandangannya amat bertanggungjawab dan berdedikasi. Aku cuba melihat reaksi Ustaz B. Ya, seperti aku jangkakan, wajah Ustaz B berseri-seri bak bulan mengambang di malam hari kerana berasa bangga yang amat. Aku turut berbangga dengannya walaupun Ustaz B suka melebih-lebihkan rumah sukannya sendiri.

Liyana Kamarul Azahar 4B

3 comments:

Students said...

haha! siapa agaknya ustaz B itu ya.?

amalina.

ChikCharm said...

Ustaz B...emm pasti handsome orangnya!

ChikCharm said...

Tahun 2008 Juara Sukan Tahunan Adni milik Khandak! Rasanya belum terlambat untuk saya ucapkan tahniah. Ucapan ini saya tujukan kepada ahli fanatik Khandak walaupun terlalu kurus untuk menjadi ahli sukan.