Pada zaman sekarang, kami umat Islam semakin merosot. ini adalah kerana kehadiran Internet, permainan video, dan lain-lain. Remaja-remaja umat Islam sekarang tidak begitu berilmu di dalam aspek-aspek yang berkaitan dengan Islam. Tetapi, remaja merupakan salah satu golongan yang diperlukan untuk membangkit nama Islam.
Remaja merupakan generasi pada masa hadapan yang akan memimpin negara. Jikalau seorang remaja itu berilmu tentang Islam dan mempunyai kemahiran untuk bercakap di depan orang, serta boleh meyakinkan orang-orang tentang kebaikan Islam.
Rasulullah (S) berkata: "Jika seorang remaja dan dewasa beriman, Tuhan lebih menyayangi remaja itu kerana dia boleh beriman ketika di umur tersebut." Maksud hadis ini ialah pada zaman remaja, merupakan zaman yang paling susah kerana mempunyai terlalu banyak cabaran, dan jikalau remaja itu beriman, dia berjaya menghadapi cabaran-cabaran itu dan berpegang kepada Islam.
Oleh itu, kita remaja zaman sekarang seharusnya mencuba untuk berpegang kepada Islam untuk membangkitkan nama Islam zaman sekarang.
Anonymous, 4 Farabi
No comments:
Post a Comment