Thursday, February 7, 2008

Kumpulan "The Plethob Toiya"

Di dalam Sekolah adni yang "cantik" ini, terdapat sebuah kumpulan atau 'band' yang ditubuhkan oleh kelas 4C iaitu Rashid (saya), Asyraf, Azhan, Mujahid, Hakim dan Erwan. Kumpulan tersebut bernama "The Plethob Toiya" kerana masa itu, semasa saya hendak pergi ke kedai gunting rambut, seorang daripada abang itu, yang berasal dari Acheh menanya saya, "Adik nak gunting rambut jenis apa?" Lalu saya membalas dengan mengatakan bahawa ingin gunting botak. Secara tiba-tiba dia menyuruh saya gunting rambut fesyen "Flat Top" tetapi beliau menyebut "plethob". Saya ketawa dengan sekuat hati dan di situlah saya mendapat inspirasi untuk mereka nama band yang bernama "The Plethob Toiya".
Pengasas,4 Farabi

1 comment:

ChikCharm said...

Saya suka catatan pengalaman. Sesuatu yang kita alami sangat bernilai jika kreatif. Teruskan berkongsi pengalaman anda bersama kami.