Thursday, February 28, 2008

Khandak! Juara!


Hari Sukan pada tahun ini telah dijuarai oleh pasukan Rumah Khandak. Mereka dapat banyak pingat emas dalam acara-acara Hari Sukan ini. Antaranya ialah Futsal, Badminton, Lontar Chakra, Bola Tuju Tiang dan acara-acara balapan. Moto mereka pada tahun ini ialah Gegar, Gempar, Gempur! Apabila perarakan, boleh ternampak baner-baner yang mencorakkan harimau serta tulisan Gegar, Gempar dan Gempur. Sorak Gempur mereka juga sangat baik terutama gimiknya iaitu Dikir Barat yang diketuai oleh Hafiz Shamsuddin. Apabila kami telah diisytiharkan sebagai juara, kami mendapat sebiji kek span yang dianjurkan oleh sekolah untuk pasukan rumah yang menang. Kek itu sangat lazat. Saya berasa sangat bangga terhadap Khandak dan semangat atlet-atletnya dan saya juga berharap Khandak boleh menjuarai lagi pada tahun depan Insya Allah.

Suhaib, 4 Farabi

1 comment:

Students said...

kita kena balik awal hari tu.. T.T tak dapat merasa kek ulangtahun, sedap tak?

amalina.