Thursday, February 28, 2008

Hari Sukan

Hari sukan Adni yang ke-10 telah berakhir dengan kemenangan daripada rumah khandaq diikuti rumah Badr, Hunain dan Uhud.Walaupun tahun ini merupakan kali keempat berturut-turut rumah saya kalah tetapi saya redha atas ujian yang Tuhan beri. Saya juga mempelajari banyak nilai seperti bekerjasama, berkenalan dengan pelajar baru, pengorbanan, kesabaran dan mencuba perkara baru. Saya juga telah berseronok membuat hiasan rumah walaupun terpaksa mengorbankan masa tidur saya. Sukan merupakan aktiviti yang sangat penting untuk kesihatan. Oleh sebab itu, saya telah menyertai acara seperti bola jaring, lumba lari dan sukaneka. Keputusannnya tidak memuaskan tetapi saya berjaya pulang dengan dua pingat gangsa. Walau apapun jua, rumah saya tidak akan patah semangat dan akan terus berjuang hingga ke akhir!

Husna, 4 Farabi

1 comment:

Students said...

Uhud mempunyai semangat yang teguh, itulah ciri-ciri juara sebenar!

amalina.