Thursday, February 7, 2008

Hari Sukan Akan Menjelang


Tahun ini, Sekolah Islam Adni akan mengadakan hari Sukan pada 8 Mac 2008. Pada 31 Januari, semua rumah telah mengadakan mesyuarat masing-masing. Rumah Kuning di Musolla pelajar sekolah rendah, rumah Hijau di Musolla As-Syafi'e, rumah Biru di tadika dan rumah Merah di 'Conference Room'.
Semua rumah sukan telah melantik ketua dan penolong rumah. Rumah Kuning ialah Hafiz Syamsuddin dan Aniqah Zulfa, rumah Hijau ialah Syed Hassan dan Sarah Aziz, rumah Biru, Muhammad Ariff dan Hannah dan rumah Merah ialah Rashid dan Mubina. Semua ini merupakan orang-orang yang layak menjadi ketua.
Sempena hari sukan, saya telah mempelajari banyak nilai seperti kerjasama. Jikalau sesuatu rumah sukan tidak bekerjasama, kumpulan itu semestinya akan kalah. Juga salah satu nilai iaitu kami seharusnya redha dengan apa-apa yang Allah (S.W.T) telah beri.
Anonymous, 4 Farabi

No comments: