Thursday, February 28, 2008

Ikan untuk pertumbuhan otak?


Ramai kawan saya dan termasuklah saya tidak suka makan ikan. Tetapi ikan sering dikatakan sebagai, 'brain food' kerana ikan mengandungi DHA (decosahexaeroic acid) yang boleh membina pertumbuhan sel otak. DHA ialah omega-3 yang merupakan rantaian acid lemak 'polyunsaturated', yang merupakan komponen utama dalam otak. otak kita sebenarnya terdiri daripada 60 peratus lemak. DHA ialah lemak utama yang membentuknya. Sebab itulah, di Jepun, DHA dikatakan telah dimasukkan ke dalam kandungan minuman ringan, gula-gula getah dan coklat. Untuk diberikan kepada kanak-kanak sebelum peperiksaan, bertujuan untuk meningkatkan keupayaan otak. Tetapi tak semestinya, kerana makan ikan boleh membuat kita pandai. Cuma cara kita menggunakan otak kita sahaja yang penting.

1 comment:

ChikCharm said...

Infomasi yang sangat menarik. Tahniah, kerana membawa maklumat yang dapat dimanfaatkan oleh pembaca! Teruskan usaha anda.