Thursday, February 28, 2008

Berkhemah

Semasa cuti sekolah, aku dan rakan membuat keputusan untuk berkhemah di belakang rumah aku. Ibu kami tidak memberi kami berkhemah dalam hutan sendiri tanpa fesi atau dewasa.

Pada hari kami mahu berkhemah, rakan-rakan bersedia untuk berkhemah selama satu malam. Syai dan Nadja datang ke rumah aku pada pukul empat dengan bagasi mereka.

Kami berjalan ke belakang rumahku dan terus memasang khemah. Selepas itu kami menyusun barang-barang kami dalam khemah. Aku membentang selimutku di tengah Syai dan Nadja. Sementara menunggu waktu Maghrib, kami bermain dengan pemainan.

Apabila telah masuk waktu Maghrib, kami mengambil wudhu dan solat berimamah di atas rumput yang di alas. Selepas itu, kami bersama-sama membakar kayu kering untuk menyalakan api. Tujuan kami melakukan perkhemahan ini adalah untuk belajar berdikari. Kami tidak dibenarkan masuk ke dalam rumahku kecuali harus pergi ke tandas.

Untuk makanan malam, kamu memakan roti dengan sardin yang dibawa oleh Syai. Dia bawa cukup-cukup untuk kami. Selepas solat Ishak, kami menghabiskan masa malam kami dengan berbual tentang banyak pekara.

Sarah 4B

No comments: