Bola Jaring merupakan sebuah permainan yang melibatkan dua pasukan untuk menjaringkan bola ke dalam jaring pihak lawan. Sukan ini biasa dimainkan oleh kaum wanita. Bola jaring berperanan seperti bola keranjang, cuma perbezaannya bola jaring mempunyai lebih peraturan. Kali pertama saya bermain bola jaring adalah beberapa hari yang lalu sempena Hari Sukan. Bola jaring mungkin kelihatan senang, tetapi lebih daripada apa yang saya jangkakan. Dalam permainan ini, kita perlu sentiasa prihatin kerana bola boleh tiba bila-bila masa. Selain itu, kita perlu ada banyak stamina kerana permainan ini melibatkan banyak berlari. Juga kita perlu prihatin supaya tidak memasuki garisan yang salah. Untuk mahir bola jaring, kita cuma perlu banyak berlatih.
Husna, 4 Farabi
No comments:
Post a Comment