Wednesday, February 27, 2008

Membaca yang Benar


Membaca ialah satu perbuatan yang amat digemari oleh remaja-remaja zaman moden ini.Kebanyakan daripada mereka membaca novel dan cerita berkaitan dengan fantasi. Saya tidak kata bahawa membaca perkara yang dongeng dan tidak wujud membuang masa, tetapi pendapat saya ialah remaja-remaja sekarang patut membaca tentang perkara yang benar dan penting seperti buku-buku sejarah Nabi Muhammad (S.A.W), sejarah dunia, buku-buku ilmu dan lain-lain lagi. Remaja-remaja patut membaca buku jenis ini dan mengurangkan membaca buku-buku berkaitan dengan fantasi kerana membaca buku tentang kisah yang benar bukan sahaja dapat mengisi masa lapang mereka, tetapi boleh juga mengajar remaja-remaja tentang kisah orang yang berjaya dalam hidupnya dan boleh mempengaruhi remaja-remaja dalam hidup mereka, INSYAALLAH.

Suhaib, 4C

1 comment:

ChikCharm said...

Catatan ini memperlihatkan ketulusan hati anda.