Thursday, February 7, 2008

Yemen


Yemen merupakan salah satu negara Islam. Ibu negerinya ialah Sahaa' Lama. Di Yemen, mereka memelihara adat dan budaya mereka, seperti makanan mereka, pakaian, lagu dan tempat bersejarah.
Makanan tradisional mereka adalah seperti Bintusah, Burait, Al Musaka'a dan lain-lain. Warga Yemen tidak suka makan makanan laut seperti ketam, udang dan sotong.
Pakaian di situ sangat lain dan unik dari negara lain. Untuk perempuan, mereka akan pakai jubah dan 'niqab' (seperti purda). Dan lelaki akan memakai kain dan angkat senjata tradisional mereka, Janbiya, ia seperti keris.
Tempat bersejarah yemen terdapat di banyak negeri, seperti Balqis iaitu tempat Ratu Sheba.
Di Yemen, perkahwinan mereka berbeza dari Malaysia. Perempuan dan lelaki berasingan. Tiada makanan, cuma shisha dan Qat (daun yang mereka kunyah). Lagu perkahwinan di Yemen semua sama. Di Yemen, perkahwinan biasanya dijalani pada waktu malam.
Yemen merupakan negara yang cantik dan negara yang sesuai untuk belajar bahasa Qur'an iaitu Bahasa Arab. Yemen memang cantik!
Anonymous, 4 Farabi

No comments: