Monday, February 4, 2008

Cara untuk Menghadapi Tekanan


Tahun ini saya berada di tingkatan tiga. Oleh itu,saya mempunyai banyak tekanan dalam diri saya. Saya ingn mengetahui cara-cara untuk menghadapi tekanan dalam diri saya.

Suatu hari,saya melayari internet untuk membuka email yahoo. Semasa saya melayari internet, saya teringat untuk mengetahui cara-cara untuk menghadapi tekanan.

Semasa saya teringat untuk mencari, saya terdengar telefon berbunyi, saya pun mengangkatnya dan bertanya tentang diri pemanggil itu. Selepas sudah selesai bercakap, saya meletak gagang telefon.
Kemudian, ibu bertanya siapa yang telefon, saya menjawab, kawan saya dari London bertanyakan khabar. Selepas saya memberitahu perkara yang ibu hendak tahu, saya pun sambung melayari Internet.
Semasa saya sedang mencari, saya terjumpa cara-cara untuk menghadapi tekanan. Salah satu caranya, saya hendaklah duduk jika saya berdiri ataupun jikalau tidak boleh juga menghilangkan perasaan marah, saya baring.
Selain itu, buat perkara yang kita suka dan cuba menjauhkan diri dari tempat kejadian itu. Seterusnya, kita mesti keluar dari rumah untuk menenangkan fikiran dan lain lagi. Selepas saya membaca caranya itu, saya pun menutup komputer dan melakukan cara-cara itu apabila tertekan.

Satu minggu kemudian…
Saya berasa amat tertekan kerana orang sengaja mencari pasal dengan saya dan kerja rumah yang banyak. Kemudian, saya teringat yang saya tahu cara untk menghadapi tekanan pada masa akan datang iaitu esok.

Puteri Nur Athirah, 3A

No comments: