Beg sekolahyang digalas dihumbankan di ceruk bilik. Tudung biru ditarik kasar, seraya dilemparkan ke arah katil. Badanku merembas katil empukku.
Aku memejam mata perlahan-lahan. Kemuadia membuka semula, diiringi air mata jernih mencurah-curah. Sedu-sedan didengari tidak lama kemudian. Dadaku keparahan, paru-paruku tidak dapat menangkap udara dan degupan jantungku begitu laju, seperti akan meletus bila-bila masa.
Aku ingin meraung, aku ingin memekik, menjerit, mancarut, melawan... melawan nafsu amarahku. Aku membuat sujud menyembah Tuhan sekalian alam; merayu kepadaNya, membimbingi diriku menuju kebenaran, menyinari hidupku yang gelap kerana aku udah jelak.
Aku muak memaksa diriku tersenyum seolah-olah aku tidak dikelilingi masalah. Aku puas berketawa riang seakan-akan aku akan hidup selamanya. Sudah tiba masanya untuk menanggal topeng penipuan dan merubah haluanku sebagai tanda aku sudah berhijrah.
Amalina,4 Farabi
No comments:
Post a Comment