Thursday, February 7, 2008

Pablo Francisco


Pada awal tahun ini, saya kerap bermain internet di tengah malam. Apabila saya mula amsuk ke akaun Myspace saya, ada salah seorang dari kawan saya yang saya tak berapa kenal telah mengepost buletin. Saya pun klik di buletin tersebut, tiba-tiba terkeluar satu video di buletin tersebut. Arahan dari orang itu ialah untuk menonton video itu, katanya video itu kelakar. Saya pun tengok video itu kerana saya tidak tahu apa hendak dibuat malam itu. Rupa-rupanya video itu ialah video pelawak berdiri bernama Pablo Francisco. Dia adalah pelawak yang membuat lawak dengan menggunakan pelbagai suara yang dia boleh buat. Antara suarayang Pablo boleh mengajuk ialah Jackie Chan, Arnold Swarchneger 'preview guy', suara perempuan, William hung, lagu menggunakan mulut dan macam-macam lagi yang saya tidak tahu. Pablo memang betul-betul boleh membuat lawak menggunakan mulutnya, saya sendiri telah tergelak dengan gila sekali di tengah malam itu.
Plethob, 4 Farabi

No comments: