Friday, May 9, 2008

Pulang ke Kampung

Cuti persekolahan telah berakhir beberapa hari yang lalu. Aku menghabiskannya di kampung di Kelantan. Sedih juga terpaksa menolak jemputan rakan-rakan untuk keluar atau jamuan hari jadi.

Pada mulanya pasrah juga terpaksa meninggalkan ketamadunan Kuala Lumpur yang penuh dengan hiburan, tetapi apabila tiba di kampung segalanya hilang begitu sahaja. Penat lenguh ketika berada di dalam kereta juga tidak terasa.

Tidak semua orang mempunyai kampung. Aku mempunyai dua. Kalau tiada kampung, tidak boleh lah saudara mara berjumpa dan berkumpul untuk merapatkan hubungan sehingga ke tiga pupu, aku juga tidak boleh bermain dengan motor buruk di kampung, atau bertanding melastik batu di sebelah parit.

Sekiranya aku terpaksa meninggalkan kampung, aku pasti akan merindui air telaga yang sejuknya menikam badan dan leteran nenekku sekiranya aku makan dengan jumlah yang sedikit. Di kampung aku tidak memerlukan ketamadunan ibu kota.

Amalina, 4C

No comments: