Tuesday, March 4, 2008

Ayah Dan Ibu

Umi dan ayah berada di bawah, berbincang dengan menggunakan nada yang rendah dan sedih. Topik perbualan ini hanya berkenaan tentang satu perkara:kewangan.
Setiap kali aku memikirkan tentang mereka, lirik lagu Allayarham Sudirman tengiang-ngiang di kotak fikiran.

Ayah dan ibu
Itulah permulaan kami
Dapatlah melihat bulan dan
Matahari

Yang dikurniakan dari Ilahi
Ahai...
Ayah dan ibu lah
Mesti dihormati

Ayah dan ibu
Wali dan juga keramat
Pada mereka kita beri hormat
Ahai...
Bagilah tunjuk ajar dan
Nasihat
Supaya hidup
Supaya hidup kita akan selamat

Umi dan ayah,aku menherti, yuran sekolahku tidak murah, aku mengerti yuran kelas tambahanku tidak murah, aku mengerti perbelanjaan makan-minumku tidak murah, dan aku mengerti wang tidak berbuah pada pohon dan tumbuhan.
Tetapi, kuatkanlah semangat kamu berdua, aku hampir tamat pengajian di sekolahku. Aku mengambil satu langkah ke hadapan. Aku sudah mengerti mengapa ayah sentiasa berulang-alik ke sana sini, dan mengapa umi sentiasa bekerja sehingga sore hari, dan aku tidak menghalangnya lagi.
Berpeganglah kepada kekuatanmu, mintalah pertolongan daripada yang Maha Esa. Masanya akan tiba kelak di mana kita dapat bertukar tempat. Biarlah kamu berdua berehat lama selama kamu menyara kami adik-beradik. Terima kasih kerana mempercayai kami dan tidak berputus asa ke atas kami. Hanya Tuhan sahaja yang dapat membalas jasa kamu berdua, semoga kamu dicucuri rahmat Allah sentiasa. Amin.

1 comment:

ChikCharm said...

Walaupun beberapa kali membacanya, saya masih terasa sebak. Jadilah anak yang soleh dan solehah yang tahu menghargai pengorbanan ibu bapanya. Namun sehebat mana pengorbanan kita, tidak akan mampu membalas jasa mereka.