Walaupun Jepun merupakan salah satu negara yang mempunyai ekonomi yang teguh, kini Jepun sedang menghadapi sebuah krisis yang membahayakan. Krisis tersebut adalah krisis populasi.
Populasi Jepun didapati semakin mengurang sejak tahun 1940-an lagi. Menurut kajian, Jepun akan hanya memiliki 103 juta penduduk pada tahun 2050.
Hal ini sangat merunsingkan pihak kerajaan negara Jepun. Ini adalah sebab golongan yang bekerja untuk pembangunan ekonomi negara dan menyokong warga emas dan kanak-kanak semakin mengurang. Jumlah golongan ini akan lebih mengurang pada tahun 2050.
Masalah ini akan muncul dalam negara yang ada ekonomi yang kukuh. Contohnya, Jepun, Belanda, Itali, dan sebagainya. Pada masa depan, masalah ini akan dialami oleh lebih banyak lagi negara yang telah membangun.
Kesimpulannya, biarlah ekonomi negara bertambah, asalkan populasi jumlah populasi tidak turun!!
[Noor Izzati Abdullah]
[4B]
1 comment:
Maklumat yang berbentuk penyelidikan seperti amat bernilai serta bermanfaat kepada kita. Saya sangat tertarik dengan kebanyakan hasil tulisan Izzati kerana sifat anda yang banyak membaca serta ketajaman pemikiran.
Post a Comment