Friday, March 21, 2008

Langkah mengatasi peragut

Ragut merupakan satu kes yang tidak asing lagi. Malah, jika dibiarkan makin lama kes ini makin berleluasa sehingga membahayakan nyawa rakyat jelata. Banyak langkah yang boleh diambil bagi mengatasi gejala yang tidak sihat ini.

Salah satu daripadanya adalah dengan menguatkuasakan undang-undang. Dengan itu, peragut akan menjadi gentar sedikit jika hendak melakukan perkara yang salah disisi undang. Contohnya, jika peragut yang berjaya diberkas akan dikenakan hukuman yang berat seperti potong tangan.

Selain itu, masyarakat juga dilarang untuk membawa wang jumlah yang banyak dalam suatu masa. Ini bagi mengelakkan minat peragut untuk meragut. Sebagai contoh, peragut yang meragut akan menukar kerjanya kerana pekerjaan meragut tidak mendatangkan hasik yang lumayan.

Akhir sekali, sebagai masyarakat, kita perlulah bekerjasama dengan pihak berkuasa bagi membanteras jenayah. Kita juga boleh memberi sumbangan secara individu bagi memastikan jenayah ragut dapat dibasmi.

Deena Johari, 4B

4 comments:

ChikCharm said...

Saya suka membaca catatan Deena. Bahasa kemas dan teratur. Isi tepat serta penerangan yang mudah difahami.

DYNAA, said...

banyak banyak terime kaseh ! pape pon , nape langkah mengatasi peragut stuff tu ade due ?

mar said...

ada isi dan huraian. bagus bagus. ahaa :D

S said...

karangan bagus !