Pelbagai aktiviti boleh dibuat pada waktu cuti sekolah. Saya akan kebosanan jika tidak melakukan aktiviti-aktiviti yang berfaedah pada masa cuti. Saya biasanya mengisi waktu cuti sekolah dengan pelbagai cara.
Salah satu daripada cara-cara saya menghabiskan masa cuti sekolah ialah dengan pergi ke taman rekreasi bersama keluarga saya. Di sana, saya boleh bersukan seperti bermain bola, badminton dan sebagainya.
Selain itu, saya juga menghabiskan waktu cuti sekolah saya dengan pergi ke perpustakaan untuk membaca buku. Dengan membaca buku, saya dapat menambah ilmu pengetahuan saya.
Di samping itu, saya juga menghabiskan cuti saya dengan mengulangkaji pelajaran atau pun membuat sebarang kerja rumah.Seterusnya, balik ke kampung juga merupakan salah satu daripada cara-cara untuk saya menghabiskan waktu cuti dengan mengeratkan silaturrahim.
Oleh itu, pelbagai lagi aktiviti yang berfaedah boleh dilakukan pada waktu cuti sekolah untuk menghilangkan kebosanan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
Siapakah penulisnya? Pastikan anda menulis nama ketika menghantar catatan anda.
Amalina, gambar memang sesuai dengan tema. Kreatif dan menarik. Tahniah Web Mistress!
Syabas dan Tahniah diucapkan kepada Ust. Badrul dan pelajar-pelajar sekolah menengah ADNI diatas kejayaan mereka mencipta sebuah BLOG yang cukup hebat dan bermanafaat untuk semua.
Teruskan usaha dan karya anda. ADNI menyokong 100% aktiviti anda.
Cara yang baik
Cara yang Karangan ini memang hebat����������������������������������������������������������������������
👍👍👍
Post a Comment