Sunday, March 30, 2008

Seni Fotografi

Lensa kamera yang tercipta banyak kegunaannya. Syukurlah kepada Allah kerana memberi ilma kepada hambanya untuk mereka kamera.

Untuk apa gunanya? Mengambil gambar diri sendiri, bersama teman, atau dengan seseorang yang masyhur. Mengambil gambar peristiwa atau aktiviti untuk dijadikan kenangan pada masa hadapan, untuk ditunjukkan kepada anak cucu kelak... Kamera juga digunakan di dalam kerja seperti mengambil gambar bakteria atau virus penyakit untuk didiagnos atau gambar mayat atau bahan bukti.

Aku pula? Ada kalanya aku terasa mengada, beberapa gambar aku dan rakan-rakan diambil, pabila berasa gila, segalanya aku ambil, tong sampah, botol vitagen dan pelbagai benda lain. Tetapi, aku sering mengambil gambar sekeliling untuk menghargai kebesaran Allah yang mencipta segalanya. Sawah padi, bunga, semut api yang cuba mengangkat daun atau apa-apa sahaja, lensa kamera yang terletak di belakang telefon K800i aku sentiasa digunakan.

Amalina, 4C

Erti Ibadatku

Masjid Mu'az bin Jabar tersergam indah di hadapan mataku. Lalu aku melangkah masuk ke dalam rumah Allah yang Maha Kaya. Sungguhpun dapat kulihat ramai hamba Allah yang menyerahkan diri kepada pencipta mereka, tiada satu pun yang bersuara, begitu khusyuk membaca kata-kata cinta daripada yang Maha Penyayang agaknya.

Hatiku tiba-tiba terasa sebak melihat cinta hamba-hambaAllah terhadap pencipta mereka. Entah, mungkin kerana cintaku terhadapNya tidak sedalam cinta mereka, khusyukku tidak sekhusyuk mereka dan ibadatku tidak sebanyak ibadat mereka.

Hatiku terasa berat. Betapa hinanya aku ini, tidak berterima kasih kepadaNya setelah apa yang telah dikurniakan. Begitu banyak dosa yang telah kubuat, tidak layak rasanya kesua kakiku bertapak di atas bumi Allah yang ternyata beriman kepadaNya.

Aku berharap aku dapat menjadi seperti mereka kelak, sebelum mataku pejam.

Amalina, 4C

Patung Beruang

Namanya Mr Teddy. Telah banyak pengalaman yang telah aku kongsi bersamanya. Dia mengetahui segalanya tentang diriku. Setiap malam dia mendengar rintihan hatiku.

Ketika aku sedih, dia lah yang menjadi pengesat air mataku. Ketika aku marah, dialah yang menjadi mangsa deraku. Ketika aku berasa gembira, dialah yang akan kupeluk kuat.

Aku dapat menghidu baunya apabila memeluknya. Seakan-akan bau itu memberitahuku bahawa dia juga merasanya, perasaan yang dirasai diriku, dan segalanya akan pulih semula.

Dia akan menjadi salah satu ciptaan yang akan menjadi saksi kepada diriku pada Hari Akhirat nanti. Aku akan menjaganya dengan baik supaya dia akan mengatakan perkara yang baik tentang diriku nanti.

Dialah temanku, dialah yang kubenci, dialah yang kusayangi, dialah yang kucari, dialah patung beruangku.

Amalina, 4C

Friday, March 21, 2008

Siapa di Sana?


Malam ini ibu dan ayahku pergi ke kelas tafsir Al-quran. Mereka mengajakku mengikuti mereka. Aku menolak kerana pada keesokan harinya aku mempunyai ujian Sejarah. Akhirnya aku tinggal bersama abangku di rumah.

Cikgu sejarahku telah memberi topik-topik yang kami perlu pelajari untuk ujian bulanan ini, jadi aku hanya perlu membaca dan memahami peristiwa-peristiwa penting yang berlaku sahaja. Ketika aku sedang mengulangkaji dengan penuh konsentrasi, abangku memberitahuku dia hendak keluar ke rumah kawannya seketika. Maknanya aku akan tinggal berseorangan di rumah tetapi aku yang tidak mahu diganggu hanya mengangguk setuju. Abangku mengingatkanku untuk mengunci pintu rumah sebaik sahaja dia melangkah keluar.

Selepas aku mengunci rumah, aku terus menuju ke arah dapur. Aku keluar dari dapur dengan stok makanan ringanku. Sebungkus keropok ‘Lays’, beberapa biji gula-gula, dua batang coklat Kitkat dan sekotak air Milo. Aku tersenyum gembira sambil menaiki tangga dengan cermat supaya makananku tidak jatuh.

Ketika aku sedang menaiki tangga, telefon rumahku berdering-dering. Telefon rumahku terletak di ruang tamu. Aku berasa malas untuk turun kembali dengan makanan ringanku, jadi aku menyusunnya kemas-kemas di tepi tangga. Selepas itu aku turun ke bawah dan berlari anak ke arah ruang tamu. Aku mengangkat gagang dan memberi salam, tetapi taliannya senyap dan beberapa saat kemudian terputus. Sangkaku talian terputus dengan tidak sengaja, aku meletak gagang kembali. Aku menyambung misi membawa makanan ringanku ke atas.

Setibanya aku di bilikku, aku meletakkan makananku di atas meja bersebelahan buku sekolahku. Aku duduk di atas kerusi dan menyelak ke muka surat yang kubaca tadi. Tiba-tiba telefon rumahku berbunyi sekali lagi, aku mengeluh sambil bangun dari kerusiku. Aku turun ke bawah. Sekali lagi aku mengangkat gagang, tetapi kali ini talian terus terputus. Aku meletak gagang dengan kasar. Aku memutuskan untuk menunggu, mungkin telefonku akan berdering lagi. Sambil menunggu, rumahku tiba-tiba terasa begitu sunyi. Bulu romaku meremang. Baru semalam aku menonton cerita seram bersama keluargaku. Aku mula membayangkan perkara yang bukan-bukan. “Kringggg!!!!!!” jantungku hampir terhenti mendengar deringan telefon rumahku! Aku menguatkan semangat dan menunggu untuk beberapa saat, perlahan-lahan aku mengangkat gagang. Aku hampir menjerit kegembiraan apabila aku mendengar suara abangku. Katanya dia hendak pergi ke kedai Seven-eleven yang berdekatan dengan rumahku dulu baru pulang ke rumah. Aku menghembus nafas tanda lega. “Kenapa call sampai tiga kali?” tanyaku padanya. “Eh, tak panggil pun tadi. Baru sekali.” jawab abangku. Jadi siapa yang memanggil tadi?

Liyana, 4B

Kita Mampu Mengubahnya

Malam ini malam hujung minggu, ayahku membawa kami sekeluarga ke sebuah restoran di tengah kota. Memang kebiasaan ayahku membawa kami keluar beramai-ramai jika berkesempatan. Katanya waktu inilah kami bersama-sama berkongsi cerita. Aku hanya menurut, sekurang-kurangnya aku berpeluang untuk makan di luar. Ini juga bermakna ibuku tidak perlu memasak dan aku juga tidak perlu mengupas bawang merah dan menangis seperti menonton filem sedih.

Ayahku memilih sebuah restoran yang terkenal dengan tomyamnya. Aku amat menyukai restoran ini. Restoran ini bertema Bali. Pokok-pokok hijau yang menjalar mencipta suasana yang nyaman. Kami memilih meja di luar yang terletak berdekatan dengan kolam ikan. Sambil kami menikmati makanan, deruan air dapat didengari dan sesekali terasa angin malam yang bertiupan.

Tetapi kami menikmati suasana tersebut hanya untuk beberapa minit kerana selepas itu kami hanya ‘menikmati’ asap rokok yang berkepul-kepul. Rupanya pemuda-pemuda yang duduk berdekatan meja kami sedang menghisap rokok. Asap mereka menghala tepat-tepat ke arah kami. Rasanya seperti menelan asap rokok apabila aku membuka mulutku. Hendak berpindah ke meja lain, kami sudah mula makan. Mahu tidak mahu kami habiskan makanan kami dengan cepat. Aku yang terkenal sebagai orang yang mengambil masa paling lama untuk menghabiskan makanan kini habis sewaktu dengan abang-abangku (satu pencapaian yang membanggakan!). Malangnya kami tidak dapat berbual-bual seperti biasa.

Pada pandanganku, dari segi undang-undang memang mereka tidak melakukan kesalahan. Tetapi bukankah Malaysia merupakan negara yang berbudi bahasa dan beretika? Atau adakah ini hanya sesuatu yang kita sebut-sebut tetapi tidak pernah diamalkan? Mereka patut menghormati orang lain di sekeliling mereka. Perlukah merokok pada waktu makan juga? Tidak bolehkah mereka tidak merokok untuk beberapa jam? Sebenarnya perkara seperti ini dapat dielakkan. Segalanya terletak kepada kesedaran kita sendiri. Kita mampu mengubahnya.

Liyana, 4B

Kaedah menangani ponteng sekolah

Ponteng sekolah adalah satu gejala negatif yang kian menular dalam kalangan pelajar kini. Hal in disebabkan oleh permasalahan disiplin anak-anak yang tidak dibendung dengan baik.

Pelbagai kaedah boleh diambil bagi memastikan gejala ini tidak begitu berleluasa. Di antaranya adalah dengan memilih rakan sebaya yang baik. Ini adalah kerana pada masa kini, rakan sebaya merupakan seseorang yang sangat berpengaruh dalam kehidupan seorang pelajar. Mereka lebih banyak meluangkan masa bersama-sama berbanding ibu bapa masing masing. Oleh itu, rakan sebaya amatlah berpengaruh dalam pembentukan tingkah laku seseorang pelajar.

Selain itu, gejala ponteng sekolah juga dapat ditangani jika pihak sekolah, ibu bapa serta pihak skolah memainkan peranan mereka dengan baik. Contohnya, ibu bapa haruslah memberi didikan agama kepada anak-anak sejak kecik agar mereka mempunyai garis panduan hidup. Di sekolah, guru-guru seharusnya bijak mendidik dan menyemai perasaan cinta pada ilmu kepada murid-murid manakala pihak berkuasa pula hendaklah sentiasa memantau segala tindak-tanduk anak-anak muda bagi memastikan mereka tidak terjebak dengan gejala yang tidak sihat ini.

Nahtijahnya, langkah-langkah yang telah dicadangkan sepatutnya dipraktikkan agar gejala negatif ini dapat dibendung dengan sebaiknya. Semua pihak memainkan peranan penting supaya lahirlah generasi muda yang bakal memimpin negara dengan lebih berwawasan.

Deena Johari, 4B

Langkah mengatasi peragut

Ragut merupakan satu kes yang tidak asing lagi. Malah, jika dibiarkan makin lama kes ini makin berleluasa sehingga membahayakan nyawa rakyat jelata. Banyak langkah yang boleh diambil bagi mengatasi gejala yang tidak sihat ini.

Salah satu daripadanya adalah dengan menguatkuasakan undang-undang. Dengan itu, peragut akan menjadi gentar sedikit jika hendak melakukan perkara yang salah disisi undang. Contohnya, jika peragut yang berjaya diberkas akan dikenakan hukuman yang berat seperti potong tangan.

Selain itu, masyarakat juga dilarang untuk membawa wang jumlah yang banyak dalam suatu masa. Ini bagi mengelakkan minat peragut untuk meragut. Sebagai contoh, peragut yang meragut akan menukar kerjanya kerana pekerjaan meragut tidak mendatangkan hasik yang lumayan.

Akhir sekali, sebagai masyarakat, kita perlulah bekerjasama dengan pihak berkuasa bagi membanteras jenayah. Kita juga boleh memberi sumbangan secara individu bagi memastikan jenayah ragut dapat dibasmi.

Deena Johari, 4B

Langkah mengatasi peragut

Ragut merupakan satu kes yang tidak asing lagi. Malah, jika dibiarkan makin lama kes ini makin berleluasa sehingga membahayakan nyawa rakyat jelata. Banyak langkah yang boleh diambil bagi mengatasi gejala yang tidak sihat ini.

Salah satu daripadanya adalah dengan menguatkuasakan undang-undang. Dengan itu, peragut akan menjadi gentar sedikit jika hendak melakukan perkara yang salah disisi undang. Contohnya, jika peragut yang berjaya diberkas akan dikenakan hukuman yang berat seperti potong tangan.

Selain itu, masyarakat juga dilarang untuk membawa wang jumlah yang banyak dalam suatu masa. Ini bagi mengelakkan minat peragut untuk meragut. Sebagai contoh, peragut yang meragut akan menukar kerjanya kerana pekerjaan meragut tidak mendatangkan hasik yang lumayan.

Akhir sekali, sebagai masyarakat, kita perlulah bekerjasama dengan pihak berkuasa bagi membanteras jenayah. Kita juga boleh memberi sumbangan secara individu bagi memastikan jenayah ragut dapat dibasmi.

Deena Johari, 4B

Akibat merokok

Kita sering melihat remaja2 yang umurnya masih lagi muda telah mula mencuba berbagai bahan yg berbahaya.contohnya rokok. Rokok adalah sejenis bahan yang boleh memudaratkan kesihatan manusia.

Antara bahan yang terdapat di dalam rokok ialah nikotin,tar dan banyak lagi. dengan adanya bahan inilah yang telah memudaratkan kesihatan manusia. Jika seseorang itu menghisap rokok mereka boleh menghadapi berbagai-bagai penyakit yang membahayakan kesihatan contohnya kanser paru-paru,sakit jantung dan berbagai-bagai lagi penyakit.

Bukan itu sahaja, secara tidak langsung perokok juga telah membakar wangnya hanya untuk membeli rokok.

Oleh itu kita seharusnya menasihati rakan-rakan kita tentang akibat merokok ini. Jangan biarkan mereka rosak hanya kerana musuh utama iaitu rokok.

amer ezzat 3A

Pulau Redang

Pulau Redang merupakan salah satu pulau yg tercantik di Malaysia. Ia terbahagi kepada sembilan pulau. Pulau Pinang, Pulau Ling, Pulau Ekor Tebu, Pulau Kerengga Besar, Pulau Kerengga Kecil, Pulau Paku Besar, Pulau Paku Kecil dan Pulau Lima. Kesemua pulau tersebut mampu menjadi tempat percutian yang terkenal kerana dikelilingi dengan air yang sangat jernih dan pasir-pasir putih yg bersih.
Selain itu, pulau ini terdapat 3000 spesies ikan yang pelbagai warna dan bentuk. Terdapat juga lebih kurang 500 jenis karang yang membentuk terumbu yang menakjubkan.
Tempat penginapan seperti resort, chalet, hotel dan sebagainya turut diperkenalkan di Pulau Redang bagi meningkatkan pelancongan asing. Aktiviti seperti "scuba diving", "snookling" dan berkayak juga diaktivkan untuk pengunjung yang berminat bagi menghabiskan masa di sini.
Sebagai kesimpulan, Pulau Redang bukanlah tempat yg kekal bersih dan juga memerlukan kehidupan laut bagi mengelakkan kepupusan haiwan yang hidup di dalam laut.

Ahmad Aiman 3A

Cuti Sekolah

Setiap kali masa lapang melanda dalam jadualku, aku akan menggunakannya dengan perkara-perkara yang berfaedah, terutamanya semasa cuti sekolah.
Aku sentiasa menghiburkan diriku dengan nasyid-nasyid yang bercirikan Islam. Selain itu, aku juga melayari internet untuk menambahkan isu semasa sama ada di dalam mahupun di luar negara.
Tetapi kali ini aku bersama keluargaku telah menghabiskan percutian sekolah dengan mengunjung ke Pulau Redang, Terengganu.
Pulau ini sangat terkenal di Malaysia. aku telah bersantai di pantainya yang berpasir putih dan menyelam di lautnya yang jernih.
Setelah pulang, kulitku berubah menjadi sedikit hitam. Walaupun kulit aku sebegitu rupa, aku tetap menghadirkan diriku ke sekolah untuk menimba ilmu-ilmu yang membawaku kepada kejayaan.

Ahmad Aiman, 3A

Faedah Kemajuan Sains dan Teknologi kepada Manusia

Sains dan teknologi banyak mendatangkan manfaat kepada manusia.Ia amat penting pada zaman sekarang kerana kita perlu menguasainyauntuk pembangunan Negara.

Faedah pertama yang dapat diperolehi ialah memudahkan kita mendapat maklumat.Ia akan menjimatkan masa dan tenaga.Kita tidak perlupergi ke semua tempat untuk memperoleh maklumat.Misalnya,telisidang

Seterusnya,kita dapat menjimatkan perbelanjaan.Kita dapat memperoleh maklumat yang banyak dengan bayaran yang rendah.Ia juga dapat digunakan untuk keperluan lain.

Selain itu,Ia juga digunakan sebagai pemangkin Negara.Tanpa penguasaan teknologi,maklumat Negara akan ketinggalan.Sesebuah Negara itu juga tidak akan maju atau membangun.

Kesimpulannya,kita perlu menguasai bidang teknologi maklumat.Banyak faedahyang dapat diperolehi.Ia juga akan mempercepatkan proses pembangunan Negara.

Afiqah Diyanah, 4B

Kegiatan Harian Seorang Pelajar

Rutin seharin seorang pelajar perlu diikuti dengan penuh disiplin kerana ia mempengaruhi prestasi seseorang di sekolah.Selain itu,ia juga menjamin masa depan yang cerah.

Kita harus mempunyai tekad dan azam ketika melangkah ke sekolah.Tekad dan azam itulah yang akan membuat kita beri tumpuan sepenuhnya ketika sesi pembelajaran.Dengan itu barulah kita dapat menyerap segala ilmu yang dicurah oleh guru.

Seterusnya,melibatkan diri dalam aktiviti riadah.Baik di sekolah mahupun selepas waktu persekolahan.Riadah akan membina tubuh badan yang sihat dan fikiran yang cerdas.Dengan radah juga kita dapat melancarkan pendarahan dalam badan kita.

Selain itu,kita harus memilih waktu yang paling sesuai untuk mengulangi pelajaran.Jangan mengulangkaji pelajaran pada waktu petang kerana petang adalah waktu kita berehat dan relaks setelah sehari suntuk membuat kerja.kerja-kerja rumah yang diberikan oleh guru perlu disiapkan dengan sempurna.Ini untuk mengelakkan diri daripada ketinggalan dalam pelajaran.

Intiharnya,masa umpama emas.Sekali terbuang,tidak dapat diambil semula.Masa harus dimanfaatkan sebail mungkin.Jangan biarkan nasi menjadi bubur.

Afiqah Diyanah, 4B

Pokok Sudah Kekurangan

Semua orang yang hidup dalam dunia ini patut sedar bahawa pokok sudah kekurangan dalam dunia ini. Apabila kita bercakap tentang pokok, semua orang akan fikir tantang oksigen. Kurang daripada 50 peratus ialah pokok dalam dunia ini. Setiap tahun 1500 juta pokok ditebang. Hanya untuk membuat kertas, buku, barang perabot dan lain-lain lagi. Cara untuk menangani masalah kekurangan pokok ini dengan cara penanaman semula, guna kedua-dua belah kertas, kempen menyelamatkan dunia dan apa-apa yang boleh menolong kekurangan pokok.

UnknowN

4 Al-Farabi


Bunga mawar

Pokok bunga mawar merupakan sajenis tumbuhan berbunga yang sering ditanam sebagai pokok hiasan. Tumbuhan ini dalam kebudayaan Melayu, melambangkan bunga cinta. Bunga dalam bahasa Jepun ialah “ohana”. Bunga mawar ada banyak warna dan setiap warna itu mempunyai symbol yang tersendiri seperti:

Merah – selalunya dikatakan “Saya sayang kamu”

Merah jambu – persahabatan

Merah jambu pekat – kesyukuran dan penghargaan

Kuning – akrab persahabatan

Kuning dan hujungnya merah – jatuh cinta

Biru – misteri

Oren – idaman dan minat

Hitam – kematian

Hijan – ketenangan

Ungu – perlindungan

Seperti tema rumah Uhud tahun ini, “Kami cantik tetapi berbahaya”. Bahaya itu kerana duri pada tangkainya dan cantik kerana bunganya.

UnknowN

4Al-Farabi


Satu hari di kelas Tambahan

Pada suatu hari, aku sedang menghadiri satu kelas tambahan di sekolah bersama kawan-kawan. Subjek yang akan aku belajari adalah Fizik, Matematik, dan Pendidikan Islam. Setiap subjek hanya akan mengambil masa lebih kurang 45 minit.

Subjek yang pertama adalah Pendidikan Islam. Kelas itu bermula pada jam 8 pagi. Pada waktu itu, aku telah berada di dalam kelas, sedang meminum air oren yang dibawa oleh Sarah.

Kami menunggu guru dengan sabar dalam kelas. Setelah 15 minit berlalu, kami keluar ke kedai bersebelahan sekolah. Kami pulang ke kelas pada jam 8.30 pagi. Kami dapati bahawa guru belum sampai lagi.

Untuk menghabiskan masa yang terluang, kami menyiapkan kerja sekolah dan membaca buku teks yang berkaitan. Jam sudah menunjukkan 8.55 pagi, guru Matematik, yang merupakan subjek kedua kami, masih belum sampai. Kami meneruskan aktiviti kami sendiri.

Masa Fizik telah tiba, dan kami masih menunggu kemunculan guru ke kelas kami. Sehingga kini, tidak seorang guru pun yang memasuki kelas kami. Tiba-tiba, Cikgu Marissa menjenguk ke kelas kami. Beliau sedang mendukung anaknya yang sangat comel.

Kami memberitahunya tentang situasi kami yang tiada guru yang masuk kelas kami dan mengajar kami. “ Ya ALLAH‼ Terlupa pula cikgu! Sepatutnya kamu ada kelas lain dan cikgu terlupa untuk memberitahu guru-guru dan kamu. Maafkan cikgu ya! Tidak mengapa, sekarang cikgu masuk kelas kamu dan jaga kamu. Nanti cikgu belanja kamu makan,” jelas cikgu.

Kami memaafkannya serta merta, dan sekarang kami tahu apa punca guru tidak masuk kelas kami. Cikgu Marissa dan anaknya berada di dalam kelas kami mulai waktu itu hingga ke akhirnya. Seronok juga duduk bersembang bersama Cikgu‼

Izzati 4B

Laut Sakit??

Memancing, perubahan dalam cuaca dan pencemaran alam meninggalkan kesan kepada kesemua lautan di dunia. Itu adalah menurut kajian saintis yang telah memikirkan impak manusia secara keseluruhan pada laut buat kali yang pertama!

Saintis telah dapati bahawa hampir tiada lagi kawasan laut yang tidak tercemar. Lebih 40 peratus daripada lautan di dunia telah terjejas. Ini amat membimbangkan kerana akan membahayakan manusia.

Lautan di kutub kurang terjejas tetapi aisnya sedang mencair. Ais tersebut akan memberi impak yang besar kepada manusia. Selain itu, hampir setengah daripada terumbu karang di dunia telah dimusnahkan.

Ben Halpern, penolong saintis kajian di ‘University of California’, Santa Barbara, merupakan saintis yang mengetuai kajian ini. Beliau berkata bahawa hasil kajian masih memberi ruang untuk diperbaiki.

Dengan usaha yang mempunyai hala tuju, kita mampu memelihara kawasan-kawasan lautan yang masih bersih daripada pencemaran. Kita memiliki peluang yang cerah untuk memelihara tempat-tempat tersebut dalam keadaan yang baik.

Izzati 4B

Permainan Tradisional


Sejak dulu lagi, negara kita telah mewujudkan adat permainan tradisional. Maksud permainan tradisional ini ialah permainan yang ditubuhkan oleh orang melayu dari dulu lagi. Antaranya ialah congkak, laying-layang, batu seremban dan lain lagi.

Congkak ialah sejenis permainan yang selalu diamalkan oleh budak perumpuan. Congkak juga menggunakan guli untuk bermain permainan tradisional itu.

Di samping itu, layang-layang juga ialah permainan tradisional yang diamalkan oleh orang-orang melayu, terutama sekali melayu. Layang- layang ini juga dihiasi dengan manik dan diukir dengan pelbagai corak yang menarik. Pembuat layang-layang ini memerlukan seseorang yang kreatif untuk mengukir.

Selain itu, batu seremban juga adalah permainan khas bagi perempuan. Kain,benang,jarum dan beras diperlukan untuk membuat batu seremban ini.Pembuat batu seremban ini juga memerlukan seaorang yang pandai menjahit.

Puteri Athirah, 3A

Mengikut Ibu ke Pasar Malam

Pada hari jumaat yang lepas, saya berpeluang mengikut ibu ke pasar malam. Pasar malam tersebut tidak jauh dari rumah saya dan diadakan pada setiap hari jumaat.

Di pasar malam tersebut, terdapat pelbagai jenis barangan yang dijual, contohnya makanan, pakaian, barangan dapur dan sebagainya. Suasana di sana sangat sibuk. Ramai orang sedang mencari keperluan masing-masing.

Pelbagai ragam dan gelagat pengunjung pasar malam yang dapat saya lihat. Mereka tawar-menawar harga barangan dengan penjual. Saya melihat para penjual di pasar malam itu kurang mementingkan aspek kebersihan. Sampah sarap di merata-rata tempat. Keadaan ini akan memburukkan nama Negara kita. Tindakan itu akan menjejaskan alam sekitar negara kita.

Saya berasa sangat penat kerana berjalan ke sana-sini. Pelbagai kaum terdapat di kawasan itu seperti India, Cina, Melayu dan sebagainya.

Kita mestilah menjaga kebersihan alam sekitar walaupun kita di mana sahaja kita berada. Pandai-pandailah bekerjasama untuk menjaga kebersihan.

Afiqah Maisarah, 3A

Mengapa Saya Gemar Mambaca

Ada terdapat berjenis-jenis buku. Sesetengah buku menceritakan kepada kita mengenai orang-orang di negara lain. Sesetengahnya mengajar kita bagaimana hendak membuat sebuah motorcar dan lain-lain lagi. Ada sesetengahnya pula merupakan buku cerita sahaja. Pendek kata, ada berjenis-jenis buku yang boleh memberitahu kita tentang perkara-perkara yang ada di sekeliling kita.

Tiada sesiapa pun dapat membaca semua buku-buku yang ada. Kebanyakkannya orang yang membca buku-buku yang sesuatu perkara yang mereka minati sahaja. Umpamanya, bapa saya merupakan seorang usahawan. Dia suka membaca buku mengenai hal keusahawanan. Tetapi saya bukan seorang usahawan atau seorang doktor sebab itulah saya membaca berjenis-jenis buku.

Daripada buku saya dapat mempelajari berbagai-bagai perkara. Saya dapat mengetahui tentang orang-orang di seluruh dunia. Saya juga dapat mengetahui tentang peperangan yang berlaku. Perkara yang paling penting dapat saya pelajari ialah bagaimana menggunakan perkataan yang tepat. Ini menolong saya boleh bertulis dan bertutur dengan baik. Saya tidak takut atau gentar untuk berjumpa dan bergaul dengan orang lain.

Dengan sebab-sebab inilah buku menjadi sahabat saya yang karib sekali.

Afiqah Maisarah, 3A

Binatang kesayangan Saya

Seperti kanak-kanak lain, saya juga mempunyai binatang kesayangan saya. Binatang kesayangan saya ialah seekor kucing putih. Nama kucing saya ialah Mary. Kucing saya bersih dan comel rupanya.

Tiap-tiap petang Mary dan saya keluar untuk makan angin. Kadang-kadang saya mendukung Mary sambil berjalan-jalandan kadang kala Mary berjalan mengekori saya.

Semasa di rumah, Mary sentiasa berdampingan dengan say. Kalau saya sibuk, Mary tidak akan menggangu saya. Kalau saya ada masa lapang, Mary suka duduk dipangkuan saya.

Mary merupakan seekor kucing yang baik. Oleh sebab itu, anjing yang berhampiran rumah saya suka bermain-main dengannya.

Saya berasa sungguh gembira kerana mempunyai seekor kucing yang baik dan comel.

Afiqah Maisarah, 3A

Satu Lawatan ke Pulau Pinang

Pada masa cuti yang lalu, saya telah membuat satu lawatan ke Pulau Pinang. Saya bersama-sama dengan makcik.

Pulau Pinang merupakan sebuah pulau yang indah. Saya dapat melihat banyak kapal di sekitar pulau itu. Kapal-kapal itu datang dari negara-negara lain.

Makcik saya dan saya tinggal di sebuah hotel di Pulau Pinang. Makcik saya merupakan seorang wanita yang baik. Dia membawa saya bersiar-siar di Bandar pada tiap-tiap hari. Kami dapat melihat banyak tempat yang indah dan menarik di pulau itu. Kami juga mendaki bukit yang mashur di pulau itu. Kami melawat ke Kebun Bunga, Kolam Ikan dan Tokong Ular.

Pada sebelah petang, kami pergi menonton. Disamping itu, kami juga pergi makan berjenis-jenis makanan yang dijual di pulau itu.

Kami tinggal di Pulau Pinang selama seminggu. Saya sungguh gembira dan berpuas hati atas lawatan itu.

Afiqah Maisarah, 3A

Keburukan Komputer dan Internet

Adakah anda mengetahui bahawa computer dan Internat mempunyai keburukan? Contohnya, sekiranya kita menggunakan komputer untuk tempoh yang lama, mata dan badan menjadi lesu atau penat.

Salah satu keburukan komputer ialah sekiranya kita menggunakan komputer selalu apatah lagi menggunakan untuk tempoh yang amat lama.

Selain itu, kita dilarang untuk menggunakan komputer melebihi lapan jam tanpa berhenti. Mata akan menjadi berpinar-pinar.

Keburukan Internet ialah remaja pada zaman kini mempunyai akhlak yang teruk. Kebanyakan remaja melayari laman web lucah.

Selain itu, semasa dari semasa kita tidak boleh mempercayai Internet bulat-bulat kerana Internet akan memberi maklumat atau informasi yang salah.

Oleh itu, saya menasihatkan bahawa janganlah menggunakan komputer untuk tempoh yang lama tanpa henti dan hindarilah daripada melayari Internet yang boleh merosakkan hati.

Siti Asyikin, 3A

Masalah disiplin pelajar

Masalah Disiplin Pelajar patut dititikberatkan atau diambil berat. Kita perlu mengekang atau mengawal masalah disiplin pelajar sebelum perkara yang tidak diingini berlaku.

Salah satu faktor yang menyebabkan masalah disiplin pelajar ialah pengaruh rakan-rakan, ahli keluarga, saudara-mara dan sebagainya. Contohnya, selalu datang lewat ke sekolah. Kita seharusnya mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh sesebuah sekolah.

Selain itu, masalah kes buli semakin berleluasa pada zaman kini di kalangan remaja. Kita perlu mengambil berat masalah ini kerana berkemungkinan pelajar yang dibuli oleh pelajar lain akan membalas dendam terhadap pelajar yang membuli.

Di samping itu, kita perlu mengadakan kaunseling kepada pelajar yang kura berdisiplin.

Oleh sebab itu, pihak sekolah dan pihak PIBG perlu mengeluarkan idea untuk memimpin masalah disiplin pelajar pada zaman kini.

Siti Asyikin, 3A

Kepentingan Bersukan

Adakah anda tahu kepentingan sukan dalam diri kita? Adakah anda mengetahui bahawa sukan juga bagu untuk kesihatan? Terdapat beberapa kepentingan bersukan, contohnya untuk otak yang cerdas, saluran darah yang lancer, menyebabkan mental dan fizikal yang cergas dan dapat mengisi masa lapang dengan perkara yang berfaedah.

Salah satu kepentingan sukan ialah otak yang cerdas. Badan yang sihat memerlukan otak yang cerdas. Kita memerlukan minda yang cerdas untuk berfikir. Selepas berehat daripada bersukan, otak menjadi lebih aktif daripada biasa.

Selain daripada itu, bersukan juga menyebabkan saluran darah yang baik.

Di samping itu, sukan boleh membuat persiapan dari segi fizikal atau mental.

Seterusnya, sukan juga boleh mengisi masa lapang. Daripada kita membuang masa yang terluang, sekurang-kurangnya kita boleh mengisi sesuatu yang berfaedah.

Oleh sebab itu, saya menegaskan bahawa sukan memainkan peranan yang penting dalam diri kita dan sekiranya kita tidak bersukan kesihatan akan terjejas.

Siti Asyikin, 3A

Amalan Budi Bahasa

Budi bahasa amatlah diterapkan kepada golongan kana-kanak dan remaja. Kedua golongan ini amat diperlukan oleh orang kurang upaya. Seharusnya, kita perlu mempunyai sifat budi bahasa dalam diri setiap orang.

Contohnya, orang cacat. Kita perlu menolong orang yang tidak dilahirkan secara normal. Sekiranya, orang buta hendak melintas jalan ke seberang, mereka perlu dipimpin oleh golongan muda. Selain itu, perempuan yang mengandung atau mendukung anak perlulah diberikan duduk atau keutamaan. Dengan sikap budi bahasa juga boleh menjadikan negara aman damai, bersatu padu dan mengharumkan nama Negara. Ini juga boleh merapatkan hubungan sillaturrahim antara satu sama lain.

Oleh itu, sifat berbudi bahasa amat penting dalam kehidupan seharian. Bak kata orang, “Budi bahasa, budaya kita”.

Siti Asyikin,3A

Tuesday, March 18, 2008

Muzik

Kini, muzik menjadi salah satu perkara yang amat digemari ramai insan. Ke mana jua kita pergi, kita sering terdengar bunyi muzik tidak kira sama ada di telefon bimbit mahupun di di radio.

Muzik adalah sejenis hiburan yang boleh dikatakan menghiburkan setiap lapisan masyarakat tidak kira muda atau tua. Namun muzik mempunyai keburukan. Antaranya ialah ia melalaikan contohnya ada yang mendengar muzik sehingga menyebabkannya terlupa untuk solat kerana tidak terdengar azan yang berkumandang.

Terdapat muzik yang elok dan yang kurang elok. Muzik yang elok adalah seperti nasyid manakala muzik yang tidak elok adalah seperti lagu-lagu rock, lagu barat dan sebagainya.

Oleh itu, kita seharusnya menggunakan hiburan muzik ini kearah kebaikan agar hidup kita sentiasa ceria dan diberkati.

Sayyaf Azam, 3A

Cara-cara saya menghabiskan cuti sekolah

Pelbagai aktiviti boleh dibuat pada waktu cuti sekolah. Saya akan kebosanan jika tidak melakukan aktiviti-aktiviti yang berfaedah pada masa cuti. Saya biasanya mengisi waktu cuti sekolah dengan pelbagai cara.
Salah satu daripada cara-cara saya menghabiskan masa cuti sekolah ialah dengan pergi ke taman rekreasi bersama keluarga saya. Di sana, saya boleh bersukan seperti bermain bola, badminton dan sebagainya.
Selain itu, saya juga menghabiskan waktu cuti sekolah saya dengan pergi ke perpustakaan untuk membaca buku. Dengan membaca buku, saya dapat menambah ilmu pengetahuan saya.
Di samping itu, saya juga menghabiskan cuti saya dengan mengulangkaji pelajaran atau pun membuat sebarang kerja rumah.Seterusnya, balik ke kampung juga merupakan salah satu daripada cara-cara untuk saya menghabiskan waktu cuti dengan mengeratkan silaturrahim.
Oleh itu, pelbagai lagi aktiviti yang berfaedah boleh dilakukan pada waktu cuti sekolah untuk menghilangkan kebosanan.

Sedekah

Sedekah dapat didefinasikan sebagai memberikan sesuatu yang berharga dan bernilai kepada orang yang memerlukannya. Sedekah boleh diberikan dalam berbagai-bagai bentuk seperti melalui harta benda, perbuatan, pertuturan dan sebagainya.

Dalam mengaplikasikan amalan mahmudah ini, kita perlu beradab. Antaranya ialah memberikannya dengan ikhlas, bermanis muka, tidak mengungkit sedekah yang telah diberikan dan sebagainya.

Seterusnya, pemberi sedekah akan mendapat banyak kesan kebaikan seperti melatih diri menjadi seorang pemurah. Para penerima sedekah pula dapat membersihkan diri daripada sifat mazmumah seperti hasad dengki.

Amalan bersedekah ini mempunyai banyak hikmah dari segi individu mahupun masyarakat. Amalan ini juga dapat menjadikan kita seorang yang sentiasa hidup tenang. Selain itu, amalan terpuji ini dapat membentuk masyarakat yang penyayang dan saling bantu-membantu.

Sayyaf Azam,3A

Senyuman

Senyum merupakan satu perbuatan sunat dan mendapat pahala seperti dalam sabda Rasulullah SAW, senyum itu sedekah. Orang yang sentiasa tersenyum mudah didekati orang manakala orang yang bermasam muka dan monyok sukar didekati kerana mereka tidak disenangi orang.

Selain itu, ada juga senyuman yang tidak mendapat pahala seperti senyum sinis atau senyum yang tidak ikhlas. Apabila kita senyum, biarlah senyuman itu ikhlas dari hati kita supaya kita senantiasa nampak lebih ceria.

Sentiasalah tersenyum tetapi jaga-jaga, jangan sampai tersenyum seorang diri kerana perkara ini akan menjadikan kita salah seorang ahli Hospital Mental Tanjung Rambutan.

Oleh itu, ceriakanlah hari anda dengan senyuman yang ikhlas dan manis memikat.

Sayyaf Azam,3A

Taman Burung

Cuti sekolah yang lepas, saya dan keluarga saya melawati taman
Burung di Pulau Langkawi.Ia mengambil masa selama dua jam dari pulau langkawi ke taman burung itu.

Di sana, terdapat banyak orang yang berlainan kaum seperti cina, India dan melayu. Selain itu, di sana terdapat banyak kanak-kanak yang memakan ais-krim yaang berlainan corak, warna dan rasa.

Di samping itu, burung juga kelihatan sungguh cantik dan terdapat juga burung yang terbang sekelilingi sangkarnya. Ada juga burung yang sedang patuk pada pokoknya.

Selepas melihat burung yang cantik itu, kami sekeluarga lapar dan hendak makan. Setelah sampai di tempat makananan, banyak kedai yang terdapat berdekatan dengan tempat burung.

Setelah selesai makan makanan kami, kami menyambung perjalanan kami , sambil itu kami melihat itik yang sedang berenang di dalam kolam. Setelah selesai kami pun pulang ke rumah.

Athirah, 3A

Pentingnya menjaga kebersihan

Kebersihan penting untuk kesihatan. Bermaksud kebersihan ialah bersih dari segala kekotoran.

Tubuh badan yang bersih membuat kita tertarik oleh ramai orang ketika belajar mahupun rehat.

Selain itu, bebas daripada kuman. Membawa penyakit berbahaya tetapi tubuh yang bersih kuman tidak dapat membiak.

Persekitaran menjadi bersih, udara segar. Fikiran tenang dan kehidupan menjadi lebih selesa dan gembira.

Seterusnya, amalan dan ibadat diterima, kerana kebersihan dituntut dalam semua agama.

Setiap orang perlu ada kesedaran tentang pentingnya kebersihan ke atas tubuh badan dan persekitaran kita.

Saliha,4 Farabi

Faktor-faktor yang menyebabkan masalah disiplin di


Masalah disiplin pelajar semakin meruncing, ini berpunca daripada beberapa faktor.

Pengaruh budaya barat yang ditiru daripada media massa yang merosakkan akhlak dan disiplin pelajar dan aksi-aksi ganas menjadi ikutan.

Selain itu, masalah keluarga. Perceraian dan pergaduhan antara ibubapa, menyebabkan anak-anak diganggu emosinya yang mengundang masalah sosial seperti menagih dadah dan merokok.

Seterusnya, pengaruh rakan sebaya seperti tidak minat belajar, ponteng sekolah, dan tidak menghormati guru.

Semua pihak perlu bertanggungjawab dalam kes ini dan tidak menyalahkan mana-mana pihak.

Saliha, 4 Farabi

Populasi Jepun

Walaupun Jepun merupakan salah satu negara yang mempunyai ekonomi yang teguh, kini Jepun sedang menghadapi sebuah krisis yang membahayakan. Krisis tersebut adalah krisis populasi.

Populasi Jepun didapati semakin mengurang sejak tahun 1940-an lagi. Menurut kajian, Jepun akan hanya memiliki 103 juta penduduk pada tahun 2050.

Hal ini sangat merunsingkan pihak kerajaan negara Jepun. Ini adalah sebab golongan yang bekerja untuk pembangunan ekonomi negara dan menyokong warga emas dan kanak-kanak semakin mengurang. Jumlah golongan ini akan lebih mengurang pada tahun 2050.

Masalah ini akan muncul dalam negara yang ada ekonomi yang kukuh. Contohnya, Jepun, Belanda, Itali, dan sebagainya. Pada masa depan, masalah ini akan dialami oleh lebih banyak lagi negara yang telah membangun.

Kesimpulannya, biarlah ekonomi negara bertambah, asalkan populasi jumlah populasi tidak turun!!

[Noor Izzati Abdullah]

[4B]

Pembedahan

"Mama, saya tidak mahu masuk ke dalam, saya takut," ku menanagis sambil berkata kepada ibuku."Jangan takut Mubina, Allah ada bersamamu," ibuku berkata sambil memegang katil yang sedang di tolak oleh jururawat.

Aku tidak mahu dibedah, aku takut. Kalau aku mati bagaimana. Tetapi kalau aku tidak dibedah mungkin penyakit in tidak akan sembuh. "Tawakal kepada Allah......." ibuku tidak sempat habis cakap dengan ku.

Di dalam bilik pembedahan itu aku menggigil bukan hanya kerana kesejukan tetapi juga kerana ketakutan. "Jangan risau, pakai topeng ini dan tarik nafas panjang-panjang," orang yang ditutup mukanya hanya mata kelihatan menyuruh ku. Aku membuat tanpa soal.

Mataku berasa amat berat. Aku mahu tidur untuk selama-lamanya. Aku tidur semula. "Keadaannya adalah stabil, dia akan bangun sekejap lagi" kata seorang lelaki. "Terima kasih banyak-banyak doktor ibuku tersedu-sedu.

Aku membuka mataku perlahan-lahan kepada satu bilik yang amat terang. 'BILIK PEMULIHAN' saya baca. Walaupun saya berasa amat letih saya menguatkan diri untuk cuba duduk. "Argghh!!" saya menjerit kesakitan. "Jangan cuba duduk adik, adik baru habis pembedahan," kata seorang jururawat.

Saya menunggu hingga jururawat datang balik. Saya menunggu agak lama. Hingga saya tertidur semula.

.ron's luvr.4B.


Tuesday, March 4, 2008

Mempunyai Sepasang Sayap

Aku mengembangkan sayap putihku dengan gemalai. Aku membiarkan tubuhku jatuh menjunam dari gaung yang begitu dalam. Lalu kedua sayapku hidup dan melontarkanku kembali ke langit tinggi, membiarkan aku mendarat di dunia kayangan, di mana segalanya bahagia, tiada duka nestapa.
Dua bidadari datang menyambut kedatanganku, tangan gebu mereka kadang kala bersua dengan tanganku, membuat liang bulu romaku berdiri tegak. Tiba-tiba mereka mencapai sebuah mangkuk berisi air bunga. Direnjis diatas wajahku setitik demi setitik.

* * *

Kaki lima di rumah kedai yang terletak di Wangsa Melawati itu mula dibanjiri. Bumbungnya yang bocor itu merembas ke atas wajahku setitik demi setitik. Lantas aku mengangkut kepingan kadbod yang menjadi rumahku dan aku bercangkung di ceruk bangunan gelap itu.
Aku menunduk mukaku dan menangis perlahan-lahan. Sudah lama aku, seorang pemuda yang tinggi egonya tidak merengek seperti seorang bayi. Tetapi aku terlalu kasihan, kasihan dengan kehidupanku ini. Aku tidak pernah mempunyai keluarga, aku anak buangan yang diberi makan seorang pemilik gerai sahaja. Pabila aku mencecah usia lima tahun, aku hidup berdikari.
Inilah hidupku. Mengorek sampah sarap untuk dijadikan khazanah mutlakku pada siang hari, dan bermimpi indah di atas kepingan kotak tanpa memikirkan tentang kehidupanku, hanya dunia indah itu yang terasa benar.
Pada malam itu aku bermimpi aku terpisah dengan jasadku buat selama-lamanya dan terbang ke duniaku.
Amalina, 4 Farabi

Ayah Dan Ibu

Umi dan ayah berada di bawah, berbincang dengan menggunakan nada yang rendah dan sedih. Topik perbualan ini hanya berkenaan tentang satu perkara:kewangan.
Setiap kali aku memikirkan tentang mereka, lirik lagu Allayarham Sudirman tengiang-ngiang di kotak fikiran.

Ayah dan ibu
Itulah permulaan kami
Dapatlah melihat bulan dan
Matahari

Yang dikurniakan dari Ilahi
Ahai...
Ayah dan ibu lah
Mesti dihormati

Ayah dan ibu
Wali dan juga keramat
Pada mereka kita beri hormat
Ahai...
Bagilah tunjuk ajar dan
Nasihat
Supaya hidup
Supaya hidup kita akan selamat

Umi dan ayah,aku menherti, yuran sekolahku tidak murah, aku mengerti yuran kelas tambahanku tidak murah, aku mengerti perbelanjaan makan-minumku tidak murah, dan aku mengerti wang tidak berbuah pada pohon dan tumbuhan.
Tetapi, kuatkanlah semangat kamu berdua, aku hampir tamat pengajian di sekolahku. Aku mengambil satu langkah ke hadapan. Aku sudah mengerti mengapa ayah sentiasa berulang-alik ke sana sini, dan mengapa umi sentiasa bekerja sehingga sore hari, dan aku tidak menghalangnya lagi.
Berpeganglah kepada kekuatanmu, mintalah pertolongan daripada yang Maha Esa. Masanya akan tiba kelak di mana kita dapat bertukar tempat. Biarlah kamu berdua berehat lama selama kamu menyara kami adik-beradik. Terima kasih kerana mempercayai kami dan tidak berputus asa ke atas kami. Hanya Tuhan sahaja yang dapat membalas jasa kamu berdua, semoga kamu dicucuri rahmat Allah sentiasa. Amin.

Saturday, March 1, 2008

Latihan Sukan

Suasan yang amat panas terik yang sedang memancarkan cahaya kepada ku. Hari ini mulanya hari sukan untuk Sekolah Islam Adni. Sekarang ini berlangsungnya latihan perbarisan untuk semua pasukan, terdapat empat pasukan iaitu pasukan Badar, Hunain, Khandak dan Uhud.

Setelah berlangsungnya latihan perbarisan sukan, aku dan kawan-kawanku pun jalan bersama-sama menuju ke sekolah kerana perbarisan itu dibuat di Padang Ukay yang berdekatan dengan sekolah.

Sampai juga akhirnya aku dan kawanku di sekolah. Kami terus ke kelas dan baring, beberapa minit kemudian budak lelaki kelas aku pun tiba dan terus kami bangun, kami terus ke kantin dan pergi ke Dataran Adni iaitu padang sekolah kami. Di padang, kami berlatih acara sukaneka. Terdapat banyak acara sukaneka, antaranya ialah Terompah Gergasi, Pilih daun, Touch me…. Not ball, lari dalam guni, netball, badminton dan lain lagi.

Setelah habis latihan sukaneka, kami pun ke kelas dan rehat. Kemudian, kami ke tempat masing- masing untuk berlatih lagu kumpulan masing-masing. Kemudian kami balik rumah masing-masing.
Athirah, 3A