Wednesday, February 27, 2008

Malek Char Kuey Teow


Langit mula membiru setelah menghilangkan diri di sebalik awan mendung ketika hujan tadi. Sang matahari pula menyinari dunia dengan cahaya terangnya.
Aku menyaksikan lelaki itu bermain bersama burger daging dan ayam yang dipesan tadi. Seraya aku membelek muka surat catatan harianku.
Tiba-tiba sebuah van menghampiri gerai burger dan keluarlah sepasang suami isteri yang membantu satu sama lain untuk memunggah barang dari van itu. Tersenyum aku apabila melihat telatah si isteri meleteri si suami yang hanya menjelir lidah manja ke arah si isteri.
Rupa-rupanya mereka yang memiliki gerai yang bernama "Malek Char Kuey Teow dan Laksa Penang" di sebelah. Aku yang sudah lama mengidam laksa Penang sentiasa berharap gerai tersebut membuka gerai mereka awal. Tidak kusangka doaku termakbul hari ini.
Setelah membayar, aku tersenyum mengenangkan mereka. Sungguhpun aku meluangkan masa hanya sementara bersama Pak Malek dan Mak Cik Mah, mereka telah mengajar aku satu perkara: kita masih boleh menjalani hidup yang bahagia tanpa harta, tetapi kita memerlukan kasih sayang orang tercinta.
Amalina,4 Farabi

1 comment:

ChikCharm said...

saya suka baca catatan Amalina kerana pasti ada sesuatu nilai dan pengajaran dalam penghujungnya. Tahniah teruskan usaha kamu. Ustaz Badrol