Saturday, February 14, 2009

Sikap Berbudi Bahasa dalam Keluarga Remaja

Berbudi bahasa merupakan sikap yang mulia. Sikap ini perlulah dipupuk dalam diri setiap remaja. Hal ini kerana, sikap ini dapat mengurangkan gejala sosial dalam kalangan remaja. Terdapat pelbagai cara boleh dilakukan bagi memupuk sikap ini dalam diri setiap setiap remaja.

Peranan ibu bapa amat penting bagi memupuk sikap berbudi bahasa dalam diri anak-anak mereka. Ibu bapa perlulah menunjukkan sikap yang berbudi bahasa pada anak-anak mereka. Hal ini kerana, sikap berbudi bahasa yang ditunjukkan oleh ibu bapa akan mempengaruhi sikap anak-anak mereka.

Selain itu, masyarakat juga perlulah bersikap berbudi bahasa. Contohnya, menegur kesalahan yang dilakukan mereka dengan berlemah-lembit. Remaja akan cepat memberontak jika ditergur dengan kasar. Dengan terguran yang lemah-lembut, mereka akan mendengarnya dengan hati yang terbuka dan merasakan masyarakat menyayangi mereka.

Pihak kerajaan perlulah mengadakan kempen yang sesuai supaya sikap berbudi bahasa dapat diterapkan dalam diri remaja. Secara tidak langsung, kempen-kempen ini dapat menyedarkan remaja tentang kepentingan berbudi bahasa dan melahirkan remaja yang berakhlak mulia. Contohnya, kempen membentuk jati diri.

Seterusnya, didikan agama perlulah diterapkan dalam diri setiap remaja sejak kecil lagi. Mereka akan diajar cara-cara menghormati ibu bapa, guru dan lain-lain lagi. Pembelajaran tersebut dapat menerapkan sikap berbudi bahasa dalam diri remaja.

Selain itu, pihak sekolah juga perlulah membantu menerapkan sikap berbudi bahasa dalam diri pelajar-pelajar. Pihak sekolah boleh mengadakan pelbagai aktiviti yang boleh memupuk sikap berbudi bahasa seperti aktiviti ceramah, memberi bimbingan kaunseling kepada pelajar-pelajar yang bermasalah dan lain-lain lagi. Pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganaan perlulah ditekankan oleh pihak sekolah.

Kesimpulannya, memupuk sikap berbudi bahasa dalam kalangan remaja amat penting. Pihak yang bertanggungjawab khususnya ibu bapa perlulah memain peranan yang penting. Sikap berbudi bahasa dapat membentuk generasi yang berkaliber pada masa yang akan datang.

•Farah Syuhaidah, 4A

No comments: