Wednesday, February 18, 2009

Faedah-faedah Membaca

Banyak bahan bacaan yang terdapat di pasaran. Antaranya ialah majalah, buku, dan surat khabar. Kita akan memperoleh banyak manfaat menerusi aktiviti membaca.

Antara faedah membaca ialah dapat menambahkan ilmu pengetahuan. Ilmu pengetahuan yang kita perolehi pule meliputi pelbagai bidang seperti bidang bahasa, sejarah, agama, dan sains. Malah, pengetahuan itu boleh kita gunakan dalam pembelajaran di kelas.

Membaca juga boleh meningkatkan kita dalam berbahasa. Apabila kita membaca, kita akan menemui kosa kata baru. Kita boleh mencari makna kosa kata itu dengan merujuk kamus atau sebagainya.

Selain itu, kita juga akan memperoleh hiburan menerusi aktiviti membaca. Katakanlah kita membaca sebuah buku cerita. Cerita yang disampaikan itu boleh menimbulkan keseronokan dalam jiwa kita. Apabila diri kita telah terhibur, minda kita juga akan menjadi lega.

Berdasarkan keterangan yang diberi, jelaslah kepada kita bahawa banyak faedah yang kita peroleh daripada membaca. Oleh itu, saya menyeru orang ramai agar memanfaatkan masa dengan membaca.

Abdullah, 4A

No comments: