Salah satu daripada peribahasa Melayu ialah "Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sesekali". Maknanya ialah jika kita hendak menolong orang, pertolongan itu perlu mengikut kemampuan kita. Sebaliknya, kita dinasihatkan supaya jangan sesekali melakukan kejahatan.
Walau bagaimanapun, ada anggota masyarakat yang melakukan kejahatan. Contohnya, ada saudagar yang sanggup menghabiskan harta untuk keselesaan orang lain. Oleh kerana salah perhitungan, perniagaan saudagar itu merosot.
Pada waktu itu, saudagar tadi mencari orang yang pernah dibantunya. Tetapi selepas itu alangkah terkejutnya saudagar itu kerana orang yang pernah ditolongnya itu bersikap seperti kacang lupakan kulit. Saudagar itu dihina dan dihalau seperti binatang.
Oleh kerana terlalu marah, saudagar itu membunuh orang yang pernah ditolongnya. Akibatnya, saudagar itu dipenjara seumur hidup. Kemuliaan yang dimiliki oleh saudagar itu hilang akhirnya.
Benarlah kata peribahasa, "Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sesekali". Dalam pelbagai hal, sebaik-baiknya kita menjadi orang yang bersikap sederhana.
Abdullah, 4A
No comments:
Post a Comment