"Dulu kamu kata, sibuk dengan permainan bola sepak. Emak tidak marah kerana aktiviti itu juga baik. Sekarang kejohanan sudah tiada, tetapi setiap petang kamu asyik bermain bola. Ingatlah sedikit, SPM tidak sampai tiga minggu lagi," kata Makcik Hawa.
"Emak jangan bimbang, Zaman tahulah jawab waktu periksa kelak. Waktu ujian percubaan dulu, Zaman yang kurang belajar pun boleh dapat 12A. Otak anak emak ini baik, sekali baca sudah sahaja sudah faham," balas Zaman. Kata-kata itu amat mengguris perasaan Makcik Hawa.
Makcik Hawa tidak kuasa lagi untuk menegur anaknya. Padanya biar otak tidak begitu baik, tetapi jika rajin akan berjaya akhirnya. Mengenangkan sikap anaknya itu, hatinya menjadi sayu. Zamanlah anak sulung yang diharapkan dapat menjadi contoh kepada adik-adiknya yang lain.
Hari peperiksaan pun tiba, kira-kira enam bulan kemudian, keputusan diumumkan. Apabila keputusan diumumkan, ramai rakan Zaman mendapat 12A, tetapi dia hanya memperoleh 5B dan 7C. Zaman seperti tidak percaya menerima keputusan tersebut.
"Itulah tidak dengar pesanan emak. Kata orang, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna." luah Makcik Hawa, kecewa. Zaman terdiam tidak terkata.
○Aali, 4A
No comments:
Post a Comment