Kadang kala, ibu bapa terlalu mengongkong kehidupan anak-anak mereka seperti melarang mereka keluar bersama rakan-rakan. Akibatnya, mereka akan bersa bosan dan tertekan. Hal ini menyebabkan mereka mengambil langkah untuk ponteng sekolah bagi memuaskan keinginan mereka dan berhibur tanpa pengetahuan ibu bapa.
Terdapat juga segelintir ibu bapa yang terlalu sibuk bekerja sehingga mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap anak-anak. Dengan ini, anak-anak akan hidup terbiar kerana kurangnya perhatian daripada ibu bapa mereka. Hal ini juga menyebabkan mereka tidak bersemangat untuk ke sekolah kerana ibu bapa tidak mengambil berat tentang masalah yang dihadapi anak-anak dan tidak menghiraukan segala usaha yang mereka lakukan untuk mencapai kejayaan. Contohnya, ibu bapa bekerja dari pagi hingga ke petang sehingga tidak ada masa untuk bersama anak-anak mereka.
Selain itu, ibu bapa tidak mengambil berat tentang perihal anak-anak mereka. Contohnya, ibu bapa tidak mengambil berat tentang tingkah lau anak-anak mereka ketika di luar rumah. Hal ini menyebabkan anak-anak merasakan mereka mempunyai kebebasan untuk melakukan aktiviti-aktiviti tidak bermoral ketika di luar rumah kerana tingkah laku mereka tidal diambil peduli oleh ibu bapa mereka.
Cara pembelajaran yang tidak berkesan juga mendorong kepada gejala ini. Guru-guru tidak memberi perhatian terhadap masalah yang dihadapi para pelajar ketika di sekolah. Contohnya para pelajar tidak memahami pembelajaran yang diajar oleh guru kerana cara penyampaian yang kurang jelas. Para pelajar akan berasa tidak bersemangat untuk belajar di sekolah, kerana tidak memahami apa yang diajar oleh guru-guru di sekolah.
Kesimpulannya, gejala ponteng sekolah perlulah dibendung dari sekarang, Hal ini kerana, gejala ini akan meningkatkan kadar masalah sosial di negara ini. Pihak yang bertanggungjawab khususnya ibu bapa perlulah mengambil berat tentang perihal anak-anak mereka bagi membantera gejala ini.
•Farah Syuhaidah, 4A
No comments:
Post a Comment