Sunday, November 29, 2009

Syahid Jalanmu

Hamas menjadi pilihan rakyat,

tidak pula mereka di barat,

seperti Yahudi yang dilakhnat.

Rakyat menjadi mangsa peperangan,

merata tempat mayat bergelimpangan,

kesedihan sering berterbangan.

Rakyat Palestin sanggup mati,

kerana Allah sentiasa di hati,

Israel gembira bagai sambut parti.

Islam menang tidak diketahui,

Israel kalah dibiarkan sepi,

ini cuma hanya duniawi.

Hamas pertahan Islam yang satu,

tidak diiktiraf dunia yang maju,

hati Islam menjadi satu,

demi peroleh syahid yang jitu.


Nukilan: Hafsah bin Samsudin

Tingkatan 3Al-Shawkani

Wednesday, February 18, 2009

Jiran yang Baik

Ayah dan ibu selalu menasihati saya agar berbaik-baik dengan jiran. Apabila kita berhadapan dengan kesusahan, orang yang pertama sekali yang menolong kita ialah jiran, bukan saudara-mara kita yang tinggal jauh.

Saya mempunyai jiran yang baik. Nama jiran saya ialah Encik Halim. Encik Halim mempunyai dua orang anak. Salah seorang daripadanya bernama Ali dan sekelas dengan saya.

Encik Halim selalu memberi buah-buahan kepada kami sekeluarga. Ibu juga selalu menghantar masakan kepada Encik Halim. Hubungan kami dipupuk dengan perasaan hormat-menghormati dan pecaya-mempercayai.

Pernah pada suatu hari, apabila ibu hendak melahirkan adik, ayah belum pulang dari kerja lagi. Mujurlah Encik Halim yang menghantar ibu ke hospital. Ayah mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Encik Halim.

Saya berharap agar hubungan kami terus erat. Encik Halim telah kami anggap sebagai keluarga kami sendiri.

Abdullah, 4A

Teknologi Maklumat (IT) Lebih Banyak Mendatangkan Kebaikan daripada Keburukan

Teknologi Maklumat (IT) merupakan alat pengurusan terkini yang digunakan sepenuhnya di Putrajaya. Sistem ini akan diperluas hingga ke sekolah-sekolah.

Melaluinya, kita akan mengetahui perkembangan dunia luar hanya dengan memicit butang di komputer. Pengetahuan kita juga akan cepat berkembang. Komunikasi yang pantas ini akan memudahkan kita bertindak.

Selain itu, semua urusan juga akan menjadi lebih mudah. Selama ini, kita terpaksa beratur di kaunter untuk membayar bil. Dengan adanya sistem ini, semua masalah akan selesai dengan hanya menekan butang dari dalam bilik.

Sistem teknologi terkini juga tidak memerlukan pekerja yang ramai. Kerja dapat diselesaikan dengan cepat apabila pekerja menjadi mahir.

Berdasarkan keterangan di atas, jelaslah kepada kita bahawa teknologi maklumat (IT) lebih banyak mendatangkan kebaikan daripada keburukan.

Abdullah, 4A

Buat Baik Berpada-pada, Buat Jahat Jangan Sesekali

Peribahasa merupakan ungkapan indah yang mempunyai maksud yang mendalam. Peribahasa dicipta oleh nenek moyang kita untuk mendidik, menegur, dan mengingatkan anak-anak.

Salah satu daripada peribahasa Melayu ialah "Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sesekali". Maknanya ialah jika kita hendak menolong orang, pertolongan itu perlu mengikut kemampuan kita. Sebaliknya, kita dinasihatkan supaya jangan sesekali melakukan kejahatan.

Walau bagaimanapun, ada anggota masyarakat yang melakukan kejahatan. Contohnya, ada saudagar yang sanggup menghabiskan harta untuk keselesaan orang lain. Oleh kerana salah perhitungan, perniagaan saudagar itu merosot.

Pada waktu itu, saudagar tadi mencari orang yang pernah dibantunya. Tetapi selepas itu alangkah terkejutnya saudagar itu kerana orang yang pernah ditolongnya itu bersikap seperti kacang lupakan kulit. Saudagar itu dihina dan dihalau seperti binatang.

Oleh kerana terlalu marah, saudagar itu membunuh orang yang pernah ditolongnya. Akibatnya, saudagar itu dipenjara seumur hidup. Kemuliaan yang dimiliki oleh saudagar itu hilang akhirnya.

Benarlah kata peribahasa, "Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sesekali". Dalam pelbagai hal, sebaik-baiknya kita menjadi orang yang bersikap sederhana.

Abdullah, 4A

Faedah-faedah Membaca

Banyak bahan bacaan yang terdapat di pasaran. Antaranya ialah majalah, buku, dan surat khabar. Kita akan memperoleh banyak manfaat menerusi aktiviti membaca.

Antara faedah membaca ialah dapat menambahkan ilmu pengetahuan. Ilmu pengetahuan yang kita perolehi pule meliputi pelbagai bidang seperti bidang bahasa, sejarah, agama, dan sains. Malah, pengetahuan itu boleh kita gunakan dalam pembelajaran di kelas.

Membaca juga boleh meningkatkan kita dalam berbahasa. Apabila kita membaca, kita akan menemui kosa kata baru. Kita boleh mencari makna kosa kata itu dengan merujuk kamus atau sebagainya.

Selain itu, kita juga akan memperoleh hiburan menerusi aktiviti membaca. Katakanlah kita membaca sebuah buku cerita. Cerita yang disampaikan itu boleh menimbulkan keseronokan dalam jiwa kita. Apabila diri kita telah terhibur, minda kita juga akan menjadi lega.

Berdasarkan keterangan yang diberi, jelaslah kepada kita bahawa banyak faedah yang kita peroleh daripada membaca. Oleh itu, saya menyeru orang ramai agar memanfaatkan masa dengan membaca.

Abdullah, 4A

Tinggi dan Pendek

Seekor unta sedang berbahas dengan seekor babi hutan.

Si unta berkata, "Adalah paling baik dengan adanya susuk badan yang tinggi. Kita berasa diri sendiri berada pada kedudukan tinggi yang mengatasi segala-galanya."

Si babi hutan berasa tidak puas hati lalu menyampuk, "Dengan susuk badan yang pendek adalah yang paling baik kerana senang menyembunyikan diri daripad musuh."

"Apa kata kalau kita mencari orang lain untuk mengadili hal ini. Lihatlah sama ada susuk badan yang tinggi ataupun susuk badan yang pendek yang lebih baik."

Si babi hutan bersetuju dengan cadangan si unta.

Mereka berdua berjalan ke sebuah taman botani. Taman tersebut dikelilingi oleh tembok yang rendah. Si unta berdiri di tepi tembok. Ia makan banyak tumbuh-tumbuhan di dalam tanam sebagai makan tengah harinya.

Kemudian si unta mengejek si babi hutan, "Betulkah kata-kata aku? Susuk badan yang tinggi sememangnya membawa manfaat kepada aku!"

Si babi hutan berdiri di situ dan ketinggiannya cuma di bawah aras puncak tembok. Susuk badannya yang pendek itu menyebabkan dia tidak dapat melihat pemandangan yang cantik di dalam taman tersebut.

Tidak lama kemudian, mereka melalui taman botani yang sebuah lagi. Taman tersebut dipagari oleh tembok yang tinggi. Terdapat sebuah pintu kecil yang rendah sahaja pada tembok itu. Si babi hutan memasuki taman berkenaan menerusi pintu kecil tersebut. Si unta tidak dapat memasuki taman itu.

Si babi hutan makan tumbuh-tumbuhan di dalam taman tersebut sepuas-puasnya. Kemudian ia keluar dari taman lalu tersenyum sambil berkata kepad si unta, "Apa pendapat kau sekarang? Susuk badan yang tinggi lebih baik atau susuk badan yang pendek lebih baik?"

Kedua-dua ekor haiwan tersebut saling berpandangan lalu berkata serentak, "Sama ada susuk badan yang tinggi ataupun susuk badan yang pendek, kedua-duanya mempunyai kelebihan masing-masing."

Dengan itu, tidak perlulah mereka mencari pengadil lagi dalam hal tersebut.

Iffah Syahirah, 4A

Rasa yang Sungguh Enak

Pada masa dahulu, terdapat seorang yang bodoh. Pada suatu hari, dia makan di rumah sahabatnya. Apabila tuan rumah menanyakan tentang rasa masakannya, dia mengeleng-gelengkan sambil menjawab bahawa masakan itu tidak sedap.

Oleh itu, tuan rumah pun mengambil garam lalu menambahkan secubit garam ke dalam setiap lauk. Si bodoh itu mencuba lauk itu lagi dan berasa sangat sedap. Dia pun bertanya kepada tuan rumah, "Apa yang dimasukkan ke dalam lauk tadi?"

Tuan rumah itu menjawab, "Hanyalah secubit garam."

Dalam perjalanan pulang ke rumah, si bodoh itu berfikir, "Hanya memasukkan sedikit garam, lauk itu menjadi sedap. Kalau masukkan lebih banyak, lebih sedap lagi lauk itu."

Oleh itu, si bodoh itu pun mengambil garam setibanya di rumah. Dia memasukkan garam yang banyak ke dalam lauk yang disediakan oleh ahli keluarganya. Dia berfikir, "Rasa lauk malan ini pasti lebih sedap."

Setelah memasukkan garam, si bodoh pun mengambil lauk itu untuk dimakan tetapi dia memuntahkan lauk itu kerana terlalu masin.

Iffah Syahirah, 4A

Senjata Pemusnah

Daripada zaman sebelum Masihi lagi, manusia mampu untuk membina alat-alat yang kreatif dan agung, namun mereka juga bijak membina senjata. Senjata yang mampu mengorbankan nyawa lebih banyak daripada askar-askar biasa mampu capai. Dengan peningkatan kemajuan manusia senjata-senjata pemusnah yang digunakan menjadi lebih dahsyat dan mengerikan. Contoh-contoh senjata ini ialah gas beracun yang buat pertama kalinya digunakan oleh pihak Jerman dalam Perang Dunia Pertama, peluru berpandu yang digunakan oleh pihak Israel dalam konflik Israel-Palestin. Amerika Syarikat yang merupakan polis dunia pada abad ke-21 merupakan negara pertama yang menggunakan senjata pemusnah yang terbesar dengan ironiknya "Nuclear" yang namanya diambil daripada nama "Nucleas". Senjata-senjata pemusnah ini digunakan oleh negara-negara yang kuat sebagai cubaan untuk melumpuhkan semangat musuh mereka. Senjata-senjata ini membawa pelbagai kesengsaraan kepada mangsanya dan kemusnahan alam kepada sasarannya.

►Aiman Marzuqi, 4A

Sibernatik

Bidang sibernatik merupakan sebuah bidang yang menjanjikan harapan baru kepada umat manusia untuk berkembang menjadi lebih maju. Bidang ini telah banyak memperbaharui dunia ini dengan membolehkan perkongsian maklumat dengan lebih luas dan lebih laju, contoh ciptaan hasil penyelidikan sibernatik ialah sistem rangkaian Internet, sebuah sistem komunikasi yang menghubungkan seluruh dunia dengan pelbagai maklumat. Sibernatik juga membolehkan sains mencipta mekanisme yang mampu menggantikan sendi-sendi manusia yang rosak dengan gantian sendi bukan organik yang baru. Pada tahun 2002, seorang professor baru menjalani pembedahan untuk menyambungkan otaknya dengan komputer, ini merupakan usaha mencipta manusia ubah suai atau dalam istilah barat "cyborg". Lantas ini jelas membuktikan bahawa bidang sibernatik merupakan sebuah bidang yang penuh dengan harapan untuk memajukan hidup manusia dan membantu dunia.

►Aiman Marzuqi, 4A

Sesal Dahulu Pendapatan, Sesal Kemudian Tidak Berguna

Sudah puas Makcik Hawa menasihati anaknya Zaman agar mengutamakan pelajaran daripada bermain. Setiap kali nasihat diberi, Zaman akan memberi pelbagai alasan.

"Dulu kamu kata, sibuk dengan permainan bola sepak. Emak tidak marah kerana aktiviti itu juga baik. Sekarang kejohanan sudah tiada, tetapi setiap petang kamu asyik bermain bola. Ingatlah sedikit, SPM tidak sampai tiga minggu lagi," kata Makcik Hawa.

"Emak jangan bimbang, Zaman tahulah jawab waktu periksa kelak. Waktu ujian percubaan dulu, Zaman yang kurang belajar pun boleh dapat 12A. Otak anak emak ini baik, sekali baca sudah sahaja sudah faham," balas Zaman. Kata-kata itu amat mengguris perasaan Makcik Hawa.

Makcik Hawa tidak kuasa lagi untuk menegur anaknya. Padanya biar otak tidak begitu baik, tetapi jika rajin akan berjaya akhirnya. Mengenangkan sikap anaknya itu, hatinya menjadi sayu. Zamanlah anak sulung yang diharapkan dapat menjadi contoh kepada adik-adiknya yang lain.

Hari peperiksaan pun tiba, kira-kira enam bulan kemudian, keputusan diumumkan. Apabila keputusan diumumkan, ramai rakan Zaman mendapat 12A, tetapi dia hanya memperoleh 5B dan 7C. Zaman seperti tidak percaya menerima keputusan tersebut.

"Itulah tidak dengar pesanan emak. Kata orang, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna." luah Makcik Hawa, kecewa. Zaman terdiam tidak terkata.

○Aali, 4A

Langkah-langkah Memastikan Sekolah Sentiasa Bersih

Saya amat gembira kerana sekolah saya sentiasa berada dalam keadaan bersih. Namun begitu, tahap kebersihan boleh ditingkatkan lagi.

Salah satu caranya adalah dengan mengadakan kempen kebersihan. Menerusi kempen tersebut, murid-murid beerkerjasama membersihkan persekitaran kawasan sekolah. Selain membersihkan kawasan pokok bunga yang sesuai juga harus ditanam agar sekolah kelihatan cantik.

Bantuan daripada orang ramai, khususnya masyarakat setempat amat diperlukan. Dalam hal ini, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) perlu memainkan peranan. Ibu bapa boleh menyumbangkan wang atau sumbangan seperti bunga dan baja untuk mencantikkan persekitaran sekolah.

Pihak swasta turut dialu-alukan untuk memberi sumbangan. Mereka boleh menderma untuk membina kolam ikan, taman sains, atau mural bagi menhias dinding sekolah. Sebagai penghargaan, nama penyumbang boleh ditulis di sudut khas.

Sekolah yang bersih dan cantik akan lebih cantik jika murid-muridnya bersikap positif. Murid perlu didedahkan tentang kepentingan kebersihan dan kecantikan dari semasa ke semasa. Ini akan menimbulkan keseronokan belajar.

Langkah-langkah yang dicadangkan akan menjadi kenyataan apabila semua pihak bekerjasama. Sebagai langkah awal, kita perlu mencantikkan kelas kita dahulu.

○Aali, 4A

Saturday, February 14, 2009

Sikap Berbudi Bahasa dalam Keluarga Remaja

Berbudi bahasa merupakan sikap yang mulia. Sikap ini perlulah dipupuk dalam diri setiap remaja. Hal ini kerana, sikap ini dapat mengurangkan gejala sosial dalam kalangan remaja. Terdapat pelbagai cara boleh dilakukan bagi memupuk sikap ini dalam diri setiap setiap remaja.

Peranan ibu bapa amat penting bagi memupuk sikap berbudi bahasa dalam diri anak-anak mereka. Ibu bapa perlulah menunjukkan sikap yang berbudi bahasa pada anak-anak mereka. Hal ini kerana, sikap berbudi bahasa yang ditunjukkan oleh ibu bapa akan mempengaruhi sikap anak-anak mereka.

Selain itu, masyarakat juga perlulah bersikap berbudi bahasa. Contohnya, menegur kesalahan yang dilakukan mereka dengan berlemah-lembit. Remaja akan cepat memberontak jika ditergur dengan kasar. Dengan terguran yang lemah-lembut, mereka akan mendengarnya dengan hati yang terbuka dan merasakan masyarakat menyayangi mereka.

Pihak kerajaan perlulah mengadakan kempen yang sesuai supaya sikap berbudi bahasa dapat diterapkan dalam diri remaja. Secara tidak langsung, kempen-kempen ini dapat menyedarkan remaja tentang kepentingan berbudi bahasa dan melahirkan remaja yang berakhlak mulia. Contohnya, kempen membentuk jati diri.

Seterusnya, didikan agama perlulah diterapkan dalam diri setiap remaja sejak kecil lagi. Mereka akan diajar cara-cara menghormati ibu bapa, guru dan lain-lain lagi. Pembelajaran tersebut dapat menerapkan sikap berbudi bahasa dalam diri remaja.

Selain itu, pihak sekolah juga perlulah membantu menerapkan sikap berbudi bahasa dalam diri pelajar-pelajar. Pihak sekolah boleh mengadakan pelbagai aktiviti yang boleh memupuk sikap berbudi bahasa seperti aktiviti ceramah, memberi bimbingan kaunseling kepada pelajar-pelajar yang bermasalah dan lain-lain lagi. Pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganaan perlulah ditekankan oleh pihak sekolah.

Kesimpulannya, memupuk sikap berbudi bahasa dalam kalangan remaja amat penting. Pihak yang bertanggungjawab khususnya ibu bapa perlulah memain peranan yang penting. Sikap berbudi bahasa dapat membentuk generasi yang berkaliber pada masa yang akan datang.

•Farah Syuhaidah, 4A

Gejala Ponteng Sekolah

Gejala ponteng sekolah dalam kalangan pelajar semakin berleluasa. Secara tidak langsung, gejala ini menimbulkan pelbagai masalah pada negara seperti masalah masalah sosial. Gejala ini juga sering dikaitkan dengan beberapa faktor. Antaranya faktor ibu bapa dan sekolah.

Kadang kala, ibu bapa terlalu mengongkong kehidupan anak-anak mereka seperti melarang mereka keluar bersama rakan-rakan. Akibatnya, mereka akan bersa bosan dan tertekan. Hal ini menyebabkan mereka mengambil langkah untuk ponteng sekolah bagi memuaskan keinginan mereka dan berhibur tanpa pengetahuan ibu bapa.

Terdapat juga segelintir ibu bapa yang terlalu sibuk bekerja sehingga mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap anak-anak. Dengan ini, anak-anak akan hidup terbiar kerana kurangnya perhatian daripada ibu bapa mereka. Hal ini juga menyebabkan mereka tidak bersemangat untuk ke sekolah kerana ibu bapa tidak mengambil berat tentang masalah yang dihadapi anak-anak dan tidak menghiraukan segala usaha yang mereka lakukan untuk mencapai kejayaan. Contohnya, ibu bapa bekerja dari pagi hingga ke petang sehingga tidak ada masa untuk bersama anak-anak mereka.

Selain itu, ibu bapa tidak mengambil berat tentang perihal anak-anak mereka. Contohnya, ibu bapa tidak mengambil berat tentang tingkah lau anak-anak mereka ketika di luar rumah. Hal ini menyebabkan anak-anak merasakan mereka mempunyai kebebasan untuk melakukan aktiviti-aktiviti tidak bermoral ketika di luar rumah kerana tingkah laku mereka tidal diambil peduli oleh ibu bapa mereka.

Cara pembelajaran yang tidak berkesan juga mendorong kepada gejala ini. Guru-guru tidak memberi perhatian terhadap masalah yang dihadapi para pelajar ketika di sekolah. Contohnya para pelajar tidak memahami pembelajaran yang diajar oleh guru kerana cara penyampaian yang kurang jelas. Para pelajar akan berasa tidak bersemangat untuk belajar di sekolah, kerana tidak memahami apa yang diajar oleh guru-guru di sekolah.

Kesimpulannya, gejala ponteng sekolah perlulah dibendung dari sekarang, Hal ini kerana, gejala ini akan meningkatkan kadar masalah sosial di negara ini. Pihak yang bertanggungjawab khususnya ibu bapa perlulah mengambil berat tentang perihal anak-anak mereka bagi membantera gejala ini.

•Farah Syuhaidah, 4A

Menuntut Ilmu

Menuntut ilmu bagai seseorang individu amat penting. Tanpa ilmu, kita tidak boleh meneruskan kehidupan harian. Seolah-olah kita berada dalam kegelapan. Manusia akan menjadi kurang pandai tanpa ilmu. Ada hadith menyatakan, "Menuntut ilmu adalah kewajipan ke atas seorang muslim." Dengan ilmu, kita boleh membezakan mana baik dan buruk.

Ilmu dapat menyelamatkan sesebuah komuniti dan negara. Contohnya, sekiranya kita buta huruf, bagaimana untuk membaca, memahami dan menandatangani sesuatu perjanjian atau kontak? Silap-silap, jual negara sendiri kepada orang asing. Tidakkah anda rasa begitu? Lagipun, ilmu penting untuk kehidupan di alam barzakh.

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: "Apabila anak Adam meninggal dunia terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariyah, ilmu yang bermanfaat dan anak yang solehh yang sentiasa mendoa'kannya."
(Riwayat Tarmidzi)

Asyikin, 4A;

Berkatalah yang Baik atau Diam

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau hendaklah ia diam. Dan barangsiapa beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia memuliakan jirannya. Barangsiapa beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia memuliakan tetamunya."
(Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim)

Daripada hadith di atas, kita dapat mengetahui salah satu isi penting ialah berkata yang baik atau hendaklah ia diam bagi yang beriman kepada Allah dan Hari Kiamat.

Selalunya, kaum Hawa yang banyak cakap seolah-olah mulut murai. Tidak semua kaum Hawa, boleh dikatakan majoritinya. Mereka selalu bergosip di mana-mana sahaja. Contohnya, di dalam tandas, ketika guru sedang mengajar atau guru tiada dalam kelas, ketika di dalam surau, dan sebagainya.

Kita sebagai hamba Allah, hendaklah berfikir terdahulu sebelum berkata sesuatu perkara. Secara majoritinya, manusia selalu mengeluarkan kata-kata yang kesat. Ini akan menyebabkan kita sering kali melakukan dosa kering.

Punca pergaduhan selalunya dimulakan dengan percakapan yang kurang baik. Susah sangatkah untuk berdiam? Rasulullah mengajar orang yang beriman selalu mengawasi perkataannya dan biasakan diri untuk berdiam

Asyikin, 4A;

Tuesday, February 10, 2009

Kepentingan Matematik

Matematik merupakan mata pelajaran penting dalam kurikulum sekolah-sekolah di negara kita. Mata pelajran ini mula diajarkan dari peringkat tadika hinggalah menengah. Malah di kolej dan universiti juga, matematik masih menjadi komponen penting dalam hampir kebanyakan kursus pengajian.

Penguasaan dalam ilmu ini menuntut seseorang itu memahami konsep-konsep pengiraan asasnya. Melalui pemahaman konsep, secara langsung melatih manusia untuk berfikir.

Selain itu, mata pelajaran ini juga memerlukan seseorang pelajar menghafaz segala rumus yang diperlukan sebagai jalan penyelesaian bagi masalah yang dikemukakan. Ini sekaligus mengasah bakat berfikir dalam diri seseorang individu. Untuk itu, seseorang yang ingin mahir harus membuat banyak latihan secara langsung.

Menerusi penguasaan matematik, pemikiran manusia akan menjadi semakin matang. Setiap masalah akan diselidik dari pelbagai sudut untuk mencari jalan penyelesaian.

Manusia yang berjaya di dunia ini adalah berkat penguasaan dalam bidang matematik. Penguasaan juga amat penting dalam mencipta alat-alat kelengkapan yang bakal digunakan untuk tujuan penyelidikan dan kajian yang berkaitan dengan pengiraan dan penyukatan.

Oleh itu, tanpa kebolehan dalam matematik, segala kejayaan tidak mungkin menjadi suatu kenyataan. Kesimpulannya, setiap individu harus menguasai matematik untuk terus hidup dengan lebih produktif dan bermakna.


- -Mus'ab, 4A

Sikap Berdikari

Sikap berdikari bererti kita tidak bergantung kepada orang lain atau mengharapkan pertolongan mereka sewaktu melakukan sesuatu. Sikap ini perlu ada pada setiap orang agar mereka tidak perlu bergantung kepada orang lain dalam melaksanakan sesuatu kerja. Ini amat menyusahkan kerana kita terlalu mengharapkan orang lain sehingga hasilnya tidak begitu memuaskan.

Sikap berdikari akan membentuk sikap yang seimbang sama ada dari segi fizikal mahupun mental. Kita akan sentiasa bersikap sedia bagi menghadapi sebarang risiko dan menangani masalah dengan sebaik mungkin.

Kita juga tidak teragak-agak untuk membuat pilihan. Ini kerana kita yakin terhadap kemampuan kita sendiri dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Sikap ini akan menjadikan kita seorang yang kreatif serta berupaya menghasilkan kerja yang berkualiti. Kita akan sentiasa berfikir untuk menaik taraf hidup dan berusaha memperbaiki diri sendiri.

Kesimpulannya, sikap berdikari amat penting dalam diri setiap manusia untuk memantapkan diri dan menyediakan kekuatan diri dalam menghadapi pelbagai cabaran hidup.


- -Mus'ab, 4A

Peranan Akhbar Kepada Masyarakat

Akhbar merupakan salah satu daripada alat media massa yang penting di negara kita sehingga diibaratkan sebagai "teman hidup" bagi sesetengah orang. Dengan kata lain, akhbar tidak dapat dipisahkan daripada kehidupan masyarakat kita.

Walaupun akhbar diterbitkan dalam pelbagai bahasa, namun peranannya sama, iaitu untuk memupuk perpaduan antara kaum. Aspek perpaduan nasional semakin ditekankan oleh pihak berkuasa selepas berlakunya peristiwa hitam 13 Mei 1969. Peristiwa rusuhan kaum itu tercetus akibat ketidakseimbangan kaum dalam bidang ekonomi. Justeru itu, setiap akhbar menyiarkan informasi yang berunsurkan perpaduan.

Selain itu, akhbar juga memainkan peranan yang penting dalam membina minda masyarakat. Sebagai media yang menyiarkan berita dan informasi semasa, akhbar menjadi lidah rakyat untuk menyuarakan sebarang kekurangan dan rasa tidak puas hati kepada pihak berkuasa.

Sementara itu, sesetengah akhbar juga menyiarkan ruangan bimbingan untuk pelajar yang ingin peperiksaan besar seperti UPSR, PMR, dan SPM. Ruangan ini dapat membantu pelajar untuk belajar selain memupuk sifat membaca akhbar. Dengan itu, mereka dapat membaiki kelemahan dan penguasaan bahasa mereka.

Sebagai rumusannya, akhbar di negara kita memainkan peranan dalam membina masyarakat. Peranan inilah yang menjadi harapan masyarakat kita supaya menjadi proses memajukan negara tidak terjejas di samping menyelaraskan ke arah Wawasan 2020.


- -Mus'ab, 4A

Kepentingan Penguasaan Pelbagai Bahasa

Bahasa menjadi alat komunikasi antara manusia sejak dahulu lagi. Lantas terbitlah cogan kata seperti "Bahasa Menunjukkang Bangsa" yang bermaksud bahasa yang ditutur menunjukkan asal bangsanya itu sendiri. Namun congan kata ini sekarang tidak lagi benar kerana terdapat individu yang dapat menguasai beberapa bahasa asing.

Kebolehannya untuk menguasai beberapa bahasa menjadi suatu kelebihan yang tidak begitu disedari ramai. Umumnya, pandangan seseorang yang dapat menguasai bahasa lain lebih luas berbanding individu yang bertutur dalam satu bahasa sahaja.

Dengan penguasaan dalam beberapa bahasa, seseorang itu dapat mempelajari ilmu dalam pelbagai bidang. Menyedari hakikat itu, pihak kerajaan senantiasa menggalakkan pelajar di universiti khususnya mempelajari bahasa-bahasa asing.

Sesetengah pekerjaan seperti jurubahasa dan pemandu pelancong memerlukan pengetahuan dalam banyak bahasa. Tanpa kelebihan seperti ini, adalah sukar untuk menjalankan tugas mahupun bekerja dengan sempurna.

Seseorang yang dapat bertutur dalam beberapa bahasa asing berasa lebih yakin untuk bertutur. Apabila menghadiri majlis yang terdiri daripada pelbagai bangsa, sudah pasti dapat berinteraksi tanpa menghadapi masalah.

Jelaslah bahawa kebolehan bertutur dalam pelbagai bahasa ini amatlah penting, terutamanya apabila menghadapi pelbagai cabaran pada zaman kemajuan ini demi kepentingan diri, bangsa dan negara.



- -Mus'ab, 4A