Pada mulanya saya berpendapat bahawa tahun ini iaitu tahun 2008 adalah tahun yang tidak memenatkan, tetapi saya silap. Tahun 2008 adalah tahun saya berumur 16 tahun atau tingkatan empat. Tahun ini adalah satu permulaan untuk bermula belajar dengan gila tahap maksima bak kata Imran, dan Imran adalah betul seratus peratus. Saya hampir menjadi gila dengan kerja rumah yang bertimbun-timbun sehinggakan saya terlupa apa kerja rumah yang perlu dibuat. Dan cikgu sekolah pun perlulah faham situasi ini, adakah patut cikgu itu mendenda saya dengan menulis “I will not forget my homework again, sorry teacher”, di kertas.Saya boleh mengira berapa banyak yang sudah buat…seratus lebih kalau tidak silap saya. Bukankah itu sesuatu yang membuang masa, lebih baik kalau dendanya mencuci tandas atau mengutip sampah… masih ada faedahnya. Pada tahun ini juga saya masih tidak tahu arah tujuan hidup saya,saya tidak tahu apa yang saya ingin jadi pada masa akan datang.
Plethob, 4 Farabi
No comments:
Post a Comment