Wednesday, January 30, 2008

Masa Depan


Fikirkan.Apakah yang akan terjadi pada masa depan? Kereta yang boleh terbang? Mungkin. Haiwan yang boleh bertutur kata ? Mungkin. Telefon bimbit ber’hologram’? Boleh jadi juga.

Ataupun, ibubapa menjadi hamba kepada anak sendiri? Mungkin. Lebih banyak jenayah dan kejahatan? Mungkin. Kekufuran dan kesesatan yang berleluasa? Mungkin. Lebih banyak sampah masyarakat? Tidak mustahil.

Bayangkan. Apa yang akan terjadi? Adakah kemajuan teknologi dapat menutup kejahatan manusia? Adakah masyarakat kita semakin membangun, atau semakin rosak? Bagaimana pula dengan Islam? Apakah masa depan Masjidil Aqsa?

Renungkan. Adakah ajaran Rasulullah akan berkekalan? Ataupun digantikan dengan kesesatan? Bagaimana pula dengan hari kiamat?

Fikirkan. Bayangkan. Renungkan. Sebagai seorang Muslim , kita perlu mengingatkan diri sendiri bahawa ajal akan menemui kita pada bila-bila masa. Wallahu ‘alam, hanya Allah yang mengetahui.

Anonymous Princess,4 Farabi

Tahun yang Amat Memenatkan



Pada mulanya saya berpendapat bahawa tahun ini iaitu tahun 2008 adalah tahun yang tidak memenatkan, tetapi saya silap. Tahun 2008 adalah tahun saya berumur 16 tahun atau tingkatan empat. Tahun ini adalah satu permulaan untuk bermula belajar dengan gila tahap maksima bak kata Imran, dan Imran adalah betul seratus peratus. Saya hampir menjadi gila dengan kerja rumah yang bertimbun-timbun sehinggakan saya terlupa apa kerja rumah yang perlu dibuat. Dan cikgu sekolah pun perlulah faham situasi ini, adakah patut cikgu itu mendenda saya dengan menulis “I will not forget my homework again, sorry teacher”, di kertas.Saya boleh mengira berapa banyak yang sudah buat…seratus lebih kalau tidak silap saya. Bukankah itu sesuatu yang membuang masa, lebih baik kalau dendanya mencuci tandas atau mengutip sampah… masih ada faedahnya. Pada tahun ini juga saya masih tidak tahu arah tujuan hidup saya,saya tidak tahu apa yang saya ingin jadi pada masa akan datang.
Plethob, 4 Farabi

Tuesday, January 29, 2008

Hikmah,14 Januari 08

Tik.Tok.Tik.Tok. Mataku meliar mencari sesuatu untuk direnung.Setelah puas mencari,pandanganku berbalik melihat bintik-bintik merah yang tumbuh sejak semalam.Seluruh tubuhku dipenuhi bintik-bintik.

Pukul 2.23,waktu yang ditunjuk jarum dinding yang terpaku di atas dinding.Rakan-rakan di sekolah tentu sedang mendirikan solat fardu Zohor mereka.Aku mengeluh panjang.Aku ingin ke sekolah..!

Ruamku sudah beransur pulih.Tidak seperti semalam,aku kelihatan seperti raksasa yang dicurah asid.Hanya Tuhan mengetahui berapa lama aku menjerit sejurus melihat wajahku.

Tetapi ketika aku sakit,aku berpeluang untuk menenangkan fikiranku dan bermuhasabah tentang diriku selama ini.Aku bersyukur kesakitan yang aku alami tidak serius.Terdapat mereka di luar yang merana seumur hidup dan hanya menunggu ketibaan Malaikat Maut.Aku bersyukur Tuhan memberi aku ruam untuk memberiku peluang untuk berfikir betapa bertuahnya diriku berbanding mereka.

Amalina.