Tuesday, February 5, 2008
GG Client
Panas
Pada minggu ini, bintang yang panas itu, matahari, memanaskan Malaysia dengan kuasanya. Setiap hari minggu ini amat memenatkan kerana terlalu panas. Apabila hujan turun, matahari masih menjadi seperti raksasa yang membawa kacau-bilau dan memanaskan hari itu. Hujan yang turun menjadi panas dan ini sangat berbahaya. Pada pendapat saya, ini amat membahayakan kerana hujan yang mengandungi asid yang diperoleh dari asap-asap dan pelbagai pencemaran, akan lebih kuat dan berkesan apabila panas. Itu hanya pendapat saya. Ini boleh menjadi masalah besar jika terkena hujan panas ini dengan keterlaluan. Penyakit seperti demam dan sebagainya adalah penyakit yang biasanya dijangkiti oleh hujan panas. Bukannya saya benci matahari, tetapi terlalu panas memastikan kita tidak berapa seronok.
Kawan-Kawan
Merah Jambu
Mengapa warna ini? Bukan ungu, hitam atau hijau? Warna ini bukan warna kegemaran saya tetapi warna ini membawa kontroversi kepada semua pihak. Merah jambu tidaklah terhad kepada kaum perempuan sahaja, malahan warna ini memberi tanda keberanian kepada lelaki yang memakainya kerana tidak ramai yang berani memakainya takut diejek lain sekiranya memakai 'warna perempuan'.
Warna ini juga merupakan warna tema barah payu dara. Warna ini juga memberikan tanda kepada orang ramai bahawa mereka yang menghidap penyakit membawa maut ini berani menghadapi ujian yang telah Tuhan beri dan mereka meredhainya. Malahan, mereka adalah orang yang berfikiran positif.
Kesimpulannya, warna ini bukanlah sekadar warna. Warna ini memberi simbol kelembutan dan keberanian. kita perlulah menghormati warna ini, dan mereka yang memakainya.
Monday, February 4, 2008
Cara untuk Menghadapi Tekanan
Tahun ini saya berada di tingkatan tiga. Oleh itu,saya mempunyai banyak tekanan dalam diri saya. Saya ingn mengetahui cara-cara untuk menghadapi tekanan dalam diri saya.
Suatu hari,saya melayari internet untuk membuka email yahoo. Semasa saya melayari internet, saya teringat untuk mengetahui cara-cara untuk menghadapi tekanan.
Kemudian, ibu bertanya siapa yang telefon, saya menjawab, kawan saya dari
Semasa saya sedang mencari, saya terjumpa cara-cara untuk menghadapi tekanan. Salah satu caranya, saya hendaklah duduk jika saya berdiri ataupun jikalau tidak boleh juga menghilangkan perasaan marah, saya baring.
Satu minggu kemudian…
Puteri Nur Athirah, 3A
Wednesday, January 30, 2008
Masa Depan
Fikirkan.Apakah yang akan terjadi pada masa depan? Kereta yang boleh terbang? Mungkin. Haiwan yang boleh bertutur kata ? Mungkin. Telefon bimbit ber’hologram’? Boleh jadi juga.
Ataupun, ibubapa menjadi hamba kepada anak sendiri? Mungkin. Lebih banyak jenayah dan kejahatan? Mungkin. Kekufuran dan kesesatan yang berleluasa? Mungkin. Lebih banyak sampah masyarakat? Tidak mustahil.
Bayangkan. Apa yang akan terjadi? Adakah kemajuan teknologi dapat menutup kejahatan manusia? Adakah masyarakat kita semakin membangun, atau semakin rosak? Bagaimana pula dengan Islam? Apakah masa depan Masjidil Aqsa?
Renungkan. Adakah ajaran Rasulullah akan berkekalan? Ataupun digantikan dengan kesesatan? Bagaimana pula dengan hari kiamat?
Fikirkan. Bayangkan. Renungkan. Sebagai seorang Muslim , kita perlu mengingatkan diri sendiri bahawa ajal akan menemui kita pada bila-bila masa. Wallahu ‘alam, hanya Allah yang mengetahui.
Anonymous Princess,4 Farabi
Tahun yang Amat Memenatkan
Pada mulanya saya berpendapat bahawa tahun ini iaitu tahun 2008 adalah tahun yang tidak memenatkan, tetapi saya silap. Tahun 2008 adalah tahun saya berumur 16 tahun atau tingkatan empat. Tahun ini adalah satu permulaan untuk bermula belajar dengan gila tahap maksima bak kata Imran, dan Imran adalah betul seratus peratus. Saya hampir menjadi gila dengan kerja rumah yang bertimbun-timbun sehinggakan saya terlupa apa kerja rumah yang perlu dibuat. Dan cikgu sekolah pun perlulah faham situasi ini, adakah patut cikgu itu mendenda saya dengan menulis “I will not forget my homework again, sorry teacher”, di kertas.Saya boleh mengira berapa banyak yang sudah buat…seratus lebih kalau tidak silap saya. Bukankah itu sesuatu yang membuang masa, lebih baik kalau dendanya mencuci tandas atau mengutip sampah… masih ada faedahnya. Pada tahun ini juga saya masih tidak tahu arah tujuan hidup saya,saya tidak tahu apa yang saya ingin jadi pada masa akan datang.