Saturday, February 14, 2009

Gejala Ponteng Sekolah

Gejala ponteng sekolah dalam kalangan pelajar semakin berleluasa. Secara tidak langsung, gejala ini menimbulkan pelbagai masalah pada negara seperti masalah masalah sosial. Gejala ini juga sering dikaitkan dengan beberapa faktor. Antaranya faktor ibu bapa dan sekolah.

Kadang kala, ibu bapa terlalu mengongkong kehidupan anak-anak mereka seperti melarang mereka keluar bersama rakan-rakan. Akibatnya, mereka akan bersa bosan dan tertekan. Hal ini menyebabkan mereka mengambil langkah untuk ponteng sekolah bagi memuaskan keinginan mereka dan berhibur tanpa pengetahuan ibu bapa.

Terdapat juga segelintir ibu bapa yang terlalu sibuk bekerja sehingga mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap anak-anak. Dengan ini, anak-anak akan hidup terbiar kerana kurangnya perhatian daripada ibu bapa mereka. Hal ini juga menyebabkan mereka tidak bersemangat untuk ke sekolah kerana ibu bapa tidak mengambil berat tentang masalah yang dihadapi anak-anak dan tidak menghiraukan segala usaha yang mereka lakukan untuk mencapai kejayaan. Contohnya, ibu bapa bekerja dari pagi hingga ke petang sehingga tidak ada masa untuk bersama anak-anak mereka.

Selain itu, ibu bapa tidak mengambil berat tentang perihal anak-anak mereka. Contohnya, ibu bapa tidak mengambil berat tentang tingkah lau anak-anak mereka ketika di luar rumah. Hal ini menyebabkan anak-anak merasakan mereka mempunyai kebebasan untuk melakukan aktiviti-aktiviti tidak bermoral ketika di luar rumah kerana tingkah laku mereka tidal diambil peduli oleh ibu bapa mereka.

Cara pembelajaran yang tidak berkesan juga mendorong kepada gejala ini. Guru-guru tidak memberi perhatian terhadap masalah yang dihadapi para pelajar ketika di sekolah. Contohnya para pelajar tidak memahami pembelajaran yang diajar oleh guru kerana cara penyampaian yang kurang jelas. Para pelajar akan berasa tidak bersemangat untuk belajar di sekolah, kerana tidak memahami apa yang diajar oleh guru-guru di sekolah.

Kesimpulannya, gejala ponteng sekolah perlulah dibendung dari sekarang, Hal ini kerana, gejala ini akan meningkatkan kadar masalah sosial di negara ini. Pihak yang bertanggungjawab khususnya ibu bapa perlulah mengambil berat tentang perihal anak-anak mereka bagi membantera gejala ini.

•Farah Syuhaidah, 4A

Menuntut Ilmu

Menuntut ilmu bagai seseorang individu amat penting. Tanpa ilmu, kita tidak boleh meneruskan kehidupan harian. Seolah-olah kita berada dalam kegelapan. Manusia akan menjadi kurang pandai tanpa ilmu. Ada hadith menyatakan, "Menuntut ilmu adalah kewajipan ke atas seorang muslim." Dengan ilmu, kita boleh membezakan mana baik dan buruk.

Ilmu dapat menyelamatkan sesebuah komuniti dan negara. Contohnya, sekiranya kita buta huruf, bagaimana untuk membaca, memahami dan menandatangani sesuatu perjanjian atau kontak? Silap-silap, jual negara sendiri kepada orang asing. Tidakkah anda rasa begitu? Lagipun, ilmu penting untuk kehidupan di alam barzakh.

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: "Apabila anak Adam meninggal dunia terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariyah, ilmu yang bermanfaat dan anak yang solehh yang sentiasa mendoa'kannya."
(Riwayat Tarmidzi)

Asyikin, 4A;

Berkatalah yang Baik atau Diam

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau hendaklah ia diam. Dan barangsiapa beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia memuliakan jirannya. Barangsiapa beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia memuliakan tetamunya."
(Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim)

Daripada hadith di atas, kita dapat mengetahui salah satu isi penting ialah berkata yang baik atau hendaklah ia diam bagi yang beriman kepada Allah dan Hari Kiamat.

Selalunya, kaum Hawa yang banyak cakap seolah-olah mulut murai. Tidak semua kaum Hawa, boleh dikatakan majoritinya. Mereka selalu bergosip di mana-mana sahaja. Contohnya, di dalam tandas, ketika guru sedang mengajar atau guru tiada dalam kelas, ketika di dalam surau, dan sebagainya.

Kita sebagai hamba Allah, hendaklah berfikir terdahulu sebelum berkata sesuatu perkara. Secara majoritinya, manusia selalu mengeluarkan kata-kata yang kesat. Ini akan menyebabkan kita sering kali melakukan dosa kering.

Punca pergaduhan selalunya dimulakan dengan percakapan yang kurang baik. Susah sangatkah untuk berdiam? Rasulullah mengajar orang yang beriman selalu mengawasi perkataannya dan biasakan diri untuk berdiam

Asyikin, 4A;

Tuesday, February 10, 2009

Kepentingan Matematik

Matematik merupakan mata pelajaran penting dalam kurikulum sekolah-sekolah di negara kita. Mata pelajran ini mula diajarkan dari peringkat tadika hinggalah menengah. Malah di kolej dan universiti juga, matematik masih menjadi komponen penting dalam hampir kebanyakan kursus pengajian.

Penguasaan dalam ilmu ini menuntut seseorang itu memahami konsep-konsep pengiraan asasnya. Melalui pemahaman konsep, secara langsung melatih manusia untuk berfikir.

Selain itu, mata pelajaran ini juga memerlukan seseorang pelajar menghafaz segala rumus yang diperlukan sebagai jalan penyelesaian bagi masalah yang dikemukakan. Ini sekaligus mengasah bakat berfikir dalam diri seseorang individu. Untuk itu, seseorang yang ingin mahir harus membuat banyak latihan secara langsung.

Menerusi penguasaan matematik, pemikiran manusia akan menjadi semakin matang. Setiap masalah akan diselidik dari pelbagai sudut untuk mencari jalan penyelesaian.

Manusia yang berjaya di dunia ini adalah berkat penguasaan dalam bidang matematik. Penguasaan juga amat penting dalam mencipta alat-alat kelengkapan yang bakal digunakan untuk tujuan penyelidikan dan kajian yang berkaitan dengan pengiraan dan penyukatan.

Oleh itu, tanpa kebolehan dalam matematik, segala kejayaan tidak mungkin menjadi suatu kenyataan. Kesimpulannya, setiap individu harus menguasai matematik untuk terus hidup dengan lebih produktif dan bermakna.


- -Mus'ab, 4A

Sikap Berdikari

Sikap berdikari bererti kita tidak bergantung kepada orang lain atau mengharapkan pertolongan mereka sewaktu melakukan sesuatu. Sikap ini perlu ada pada setiap orang agar mereka tidak perlu bergantung kepada orang lain dalam melaksanakan sesuatu kerja. Ini amat menyusahkan kerana kita terlalu mengharapkan orang lain sehingga hasilnya tidak begitu memuaskan.

Sikap berdikari akan membentuk sikap yang seimbang sama ada dari segi fizikal mahupun mental. Kita akan sentiasa bersikap sedia bagi menghadapi sebarang risiko dan menangani masalah dengan sebaik mungkin.

Kita juga tidak teragak-agak untuk membuat pilihan. Ini kerana kita yakin terhadap kemampuan kita sendiri dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Sikap ini akan menjadikan kita seorang yang kreatif serta berupaya menghasilkan kerja yang berkualiti. Kita akan sentiasa berfikir untuk menaik taraf hidup dan berusaha memperbaiki diri sendiri.

Kesimpulannya, sikap berdikari amat penting dalam diri setiap manusia untuk memantapkan diri dan menyediakan kekuatan diri dalam menghadapi pelbagai cabaran hidup.


- -Mus'ab, 4A

Peranan Akhbar Kepada Masyarakat

Akhbar merupakan salah satu daripada alat media massa yang penting di negara kita sehingga diibaratkan sebagai "teman hidup" bagi sesetengah orang. Dengan kata lain, akhbar tidak dapat dipisahkan daripada kehidupan masyarakat kita.

Walaupun akhbar diterbitkan dalam pelbagai bahasa, namun peranannya sama, iaitu untuk memupuk perpaduan antara kaum. Aspek perpaduan nasional semakin ditekankan oleh pihak berkuasa selepas berlakunya peristiwa hitam 13 Mei 1969. Peristiwa rusuhan kaum itu tercetus akibat ketidakseimbangan kaum dalam bidang ekonomi. Justeru itu, setiap akhbar menyiarkan informasi yang berunsurkan perpaduan.

Selain itu, akhbar juga memainkan peranan yang penting dalam membina minda masyarakat. Sebagai media yang menyiarkan berita dan informasi semasa, akhbar menjadi lidah rakyat untuk menyuarakan sebarang kekurangan dan rasa tidak puas hati kepada pihak berkuasa.

Sementara itu, sesetengah akhbar juga menyiarkan ruangan bimbingan untuk pelajar yang ingin peperiksaan besar seperti UPSR, PMR, dan SPM. Ruangan ini dapat membantu pelajar untuk belajar selain memupuk sifat membaca akhbar. Dengan itu, mereka dapat membaiki kelemahan dan penguasaan bahasa mereka.

Sebagai rumusannya, akhbar di negara kita memainkan peranan dalam membina masyarakat. Peranan inilah yang menjadi harapan masyarakat kita supaya menjadi proses memajukan negara tidak terjejas di samping menyelaraskan ke arah Wawasan 2020.


- -Mus'ab, 4A

Kepentingan Penguasaan Pelbagai Bahasa

Bahasa menjadi alat komunikasi antara manusia sejak dahulu lagi. Lantas terbitlah cogan kata seperti "Bahasa Menunjukkang Bangsa" yang bermaksud bahasa yang ditutur menunjukkan asal bangsanya itu sendiri. Namun congan kata ini sekarang tidak lagi benar kerana terdapat individu yang dapat menguasai beberapa bahasa asing.

Kebolehannya untuk menguasai beberapa bahasa menjadi suatu kelebihan yang tidak begitu disedari ramai. Umumnya, pandangan seseorang yang dapat menguasai bahasa lain lebih luas berbanding individu yang bertutur dalam satu bahasa sahaja.

Dengan penguasaan dalam beberapa bahasa, seseorang itu dapat mempelajari ilmu dalam pelbagai bidang. Menyedari hakikat itu, pihak kerajaan senantiasa menggalakkan pelajar di universiti khususnya mempelajari bahasa-bahasa asing.

Sesetengah pekerjaan seperti jurubahasa dan pemandu pelancong memerlukan pengetahuan dalam banyak bahasa. Tanpa kelebihan seperti ini, adalah sukar untuk menjalankan tugas mahupun bekerja dengan sempurna.

Seseorang yang dapat bertutur dalam beberapa bahasa asing berasa lebih yakin untuk bertutur. Apabila menghadiri majlis yang terdiri daripada pelbagai bangsa, sudah pasti dapat berinteraksi tanpa menghadapi masalah.

Jelaslah bahawa kebolehan bertutur dalam pelbagai bahasa ini amatlah penting, terutamanya apabila menghadapi pelbagai cabaran pada zaman kemajuan ini demi kepentingan diri, bangsa dan negara.



- -Mus'ab, 4A