Friday, May 9, 2008

Nostalgia Ayah


Kata ayah, sudah hampir 30 tahun dia tidak berkunjung rakannya itu. Ketika itu, ayah masih hidup susah. Pak Cik Adam sering dikendong aruah ayahnya dari rumah sehingga ke rumah ayah. Jika bertolak tengah hari, di sore hari barulah sampai. Begitu mereka berjalan meredah hutan. Sudah tentu hati ayah gemuruh kini.

Rumahnya itu separuh siap dan serba tidak lengkap. Berbeza dengan kampungku di Batu Tinggi. Perasaan hiba wujud di hati, malang sungguh nasib mereka ini. Apabila ayah berjumpa dengan Pak Cik Adam, mereka berpeluk erat , membawa kami berjalan di atas laluan nostalgia, seakan-akan kami dapat melihat mereka sebagai anak-anak kecil yang bermain di tepi parit ketika mereka susah dahulu.

Sungguhpun kami dihidang dengan kopi pekat dan ubi kayu rebus, ayah kelihatan sangat gembira apabila disatukan temannya satu masa dahulu. Betul katanya, orang seperti Pak Cik Adamlah yang ikhlas untuk menjalinkan tali persahabatan.

Amalina, 4C

Pulang ke Kampung

Cuti persekolahan telah berakhir beberapa hari yang lalu. Aku menghabiskannya di kampung di Kelantan. Sedih juga terpaksa menolak jemputan rakan-rakan untuk keluar atau jamuan hari jadi.

Pada mulanya pasrah juga terpaksa meninggalkan ketamadunan Kuala Lumpur yang penuh dengan hiburan, tetapi apabila tiba di kampung segalanya hilang begitu sahaja. Penat lenguh ketika berada di dalam kereta juga tidak terasa.

Tidak semua orang mempunyai kampung. Aku mempunyai dua. Kalau tiada kampung, tidak boleh lah saudara mara berjumpa dan berkumpul untuk merapatkan hubungan sehingga ke tiga pupu, aku juga tidak boleh bermain dengan motor buruk di kampung, atau bertanding melastik batu di sebelah parit.

Sekiranya aku terpaksa meninggalkan kampung, aku pasti akan merindui air telaga yang sejuknya menikam badan dan leteran nenekku sekiranya aku makan dengan jumlah yang sedikit. Di kampung aku tidak memerlukan ketamadunan ibu kota.

Amalina, 4C

Monday, May 5, 2008

Kaca Mata

Hampir 35% manusia pada zaman sekarang memakai kaca mata. Sesetengah orang menyebut cermin mata. Ade dua faktor yang menjadikan manusia memakai kaca mata.

Satu ialah kerana rabun. Terdapat banyak perkara yang boleh membawa kepada rabun. Antaranya, pelajar kerap menonton televisyen dan bermain komputer terlalu lama. Antara sebab semulajadi pula ialah orang yang dilahirkan rabun, semakin tua dan daripada genetik.

Faktor kedua ialah untuk gaya. Terdapat orang yang memakai kaca mata hitam untuk nampak bergaya dan untuk melindungi mata daripada sinaran matahari. Ada juga yang memakai kaca mata kerana terpengaruh daripada artis-artis dan gaya orang barat.

Jadi, kite perlu mendidik rakyat muda kita supaya jangan menonton televisyen terlalu lama dan jangan membenarkan mereka dipengaruhi oleh orang lain.

Suhaib, 4C

Tahun Lompat

Pada 29 Februari hari Jumaat yang lepas ialah hari yang wujud hanya sekali dalam masa 4 tahun, Tahun ini adalah tahun lompat kerana terdapat 29 hari di dalam bulan Februari, tidak seperti tahun yang lain.

Sesiapa yang lahir pada hari ini hanya akan menyambut hari jadinya sekali sahaja selama empat tahun. Misalnya, jika terdapat seseorang ini lahir pada 29 Februari dan berumur 28 tahun pada tahun ini, dia akan menyambut hari jadinya yang ke-7 hari ini.

Hari ini ialah hari yang istimewa bagi sesetengah orang ini dan tahun lompat juga adalah penting bagi kami kerana Pilihan Raya selalunya diadakan pada tahun lompat.

Suhaib, 4C

Kepentingan Solat

Solat lima waktu adalah wajib bagi semua umat Islam. Solat adalh Rukun Islam yang kedua. Allah (S.W.T) telah pun mengarahkan kita untuk solat tetapi masih ada lagi manusia di kalangan umat Islam yang tidak solat lima waktu.

Ada suatu Hadis Rasulullah (S.A.W) yang berkata sesiapa yang meninggalkan hanya satu solat fardhu, kerugiannya adalah sebesar bumi dan segala yang diisinya.

Solat ini bukannya sukar sangat untuk dilakukan, hanya memerlukan 5 minit daripada masa luang kita. Jika 5 minit dikalikan dengan 5 waktu solat, hanya memerlukan 25 minit sahaja daripada seluruh hari iaitu 24 jam. Jadi, kita sebagai umat Islam haruslah mendirikan solat 5 waktu setiap hari dan apa-apa perkara yang boleh menghalang seseorang itu untuk bersolat, maka haramlah perkara itu.

Suhaib, 4C

Wanita dan Kasut

Kasut. Kenapa kasut? Segelintir orang ramai berpendapat selain pakaian, kasut juga penting. Soalan yang sering bertanya kepada diri sendiri,”Kasut apa yang sepadan dengan pakaian saya?” Apa yang membezakan kasut anda dan kasut saya ialah reka bentuknya, warna dan saiznya.

Beberapa orang berfikir bahawa kasut merupakan sesuatu simbol kepada personaliti mereka. Contohnya, kasut tumit tinggi menandakan bahawa seseorang itu sanggup berkorban untuk bergaya dan menunjukkan bahawa mereka terdesak untuk menjadi tinggi.

Sesetengah wanita juga menggunakan kasut jenis selipar kerana tidak menyusahkan. Saya pula gemar kasut yang berwarna hitam atau putih. Kesimpulannya, wanita mempunyai pelbagai cita rasa yang berlainan. Sebahagian daripada mereka suka bergaya dengan kasut tumit tinggi yang kelihatan elegan, tetapi sangat menyakitkan dan ada juga mereka yang memilih keselesaan apabila berjalan.

Saliha, 4C

Kelahiran Nabi Muhammad (s.a.w) yang Tercinta

Semalam, 20 Mac 2008 atau dalam kalender hijrah 12 Rabi-ul-Awwal 1429 merupakan kelahiran Nabi Muhammad. Terdapat pelbagai tanda-tanda kelahiran Nabi. Pertama, tahun gajah semasa Abrahah datang ke Makkah untuk memusnahkan Ka’abah, tetapi sudah tentu Allah(s.w.t) akan menjaga Ka’bah. Selain itu, Istana Kisra runtuh dan binasa. Seterusnya, gereja di Tasik Sawa, runtuh dan tenggelam ke dalam Tasik tersebut. Nabi Muhammad(s.a.w) telah mendapat wahi daripada Allah. Beliau telah menyebarkan agama Islam dengan melalui pelbagai rintangan dan kesusahan. Tetapi, Nabi masih tabah dan bersabar dengan cabaran ini. Kita seharusnya sebagai umatnya haruslah menyambung dan menyebarkan ajarannya ke orang-orang yang sesat. Tetapi, sebelum itu kita harus memperbaiki diri kita dahulu.

Saliha, 4C